Pages

Monday, January 4, 2010

camping!!!




Well Happy New Year!!!

New Year aku tahun ni agak lain dari kebiasaan, tahun ni aku p camping dengan parent aku..sungguh tak pernah aku buat okay..aku tak pernah p camping apatah lagi parent aku hhuhuhuhu....


ni barang yang telah dipack masuk bonet, bantal and comforter (wajib..kang sejuk or tak da lapik kemah leh la guna kan)

Anyway, tempat camping..puncak rimba dekat janda baik ni program kelab bapak aku Mawarku (kelab bekas penari, pemusik, pegawai KBN dan sewaktu dengannya). Perghh tempat ni terbaik punya!!! Aku dah p sini sebelum ni..tapi tak tidor sana la, kalau nak tidor pun boleh je sebab ada challet bali style yang sungguh lawa amat..siap ada jakuzzi dlam bilik mandi open space okay!!!

Aku sampai je tengok khemah biru (untuk 2 orang) alaa..keciknyaaa..kalau aku berdiri sah khemah tu ternaik (dalam kata lain khemah tu rendah)..aku dah risau risau jugak alaaa....anyway aku dijangka share khemah dgn anak kawan bapak aku.

Sampai je bukan p tengok kemah kat mana pun, p dok mingle2 dengan makcik2 n pakcik2 kawan parent aku la kan (aku kan penyengap mana nak ada geng),minum petang bagai pastu ada sesi ceramah yg bapak aku terlibat maka ptg dekat magrib baru la kami tau khemah macamana, sebelum tu tau arah je hahahaha boleh..

taraaaa khemah special woo..besarrr, ada 2 bahagian, sebelah tu mmg untuk tidor sebelah lagi untuk lepak (nak tidor pun boleh tp tak da itu mosquito net la belah tu..maka kalau rasa nak derma darah sila la kan..

hensem lagi gagah kan khemah ni


ni belah tido..tuan rumah bagi tilam kabu, bantal and selimut siap!!

pada malam itu, ada acara hiburan la kan, asalnya nak buat kat open space tapi sebab time dinner tetiba hujan turun maka stage basah..maka pindahla acara ke balai err (aku lupa la pulak nama balai tu..balir banjang kot??)

Ada dikir barat, tarian kercing dari budak2 kumpulan suara muda (ni datang khas dari kelantan), ada game yg lawak amat tapi very the original, and off course ada tarian dari bekas2 penari KBN (bekas ni include la yg dah bersara and yang masih aktip tapi tak menari lagi la..jadi jurulatih ke contohnya)..walau pun dah lama depa ni pakat tak menari, tapi kalau dah biasa tu tak da hal la..macam naik basikal, dah naik tu terus terer jugak walau dah berpuluh tahun tak naik kan.

Tapi yang best tu aku tgk time depa reheasal ptg tu..dah tua kan..nak naik dr bangun tu aku tgk sengsara la jugak setengah tu..sakit pinggang la lutut la..tp semangat tu..show malam tu mmg dasat la..mmmg nampak skill orang lama la kiranya.

Haa berbalik pada kes khemah, family aku and lagi 3 family lagi dok sekali dgn tuan rumah sefamily. oleh kerana aunty umi n pakcik suppiat nak balik gak malam tu maka ada 1 khemah kosong...aku, anak pakcik azhar and sedara dia tido sekali la kat khemah yg kosong tu..

Haaa...dalam hutan jgn ingat tak da astro..sempat la kami semua dalam sejuk2 berbalut comforter dok tgk bedtime story, ada pun aku yg terbiasa tido lambat tak leh tido walau dah kul 3, aku siap sambung tgk mp5 aku tgk citer setem lagi, tapi tak leh tido gak, maybe bunyi air kuat kot (org kata bunyi air patutnya menenangkan..tapi aku tak leh tido la pulak!!) dalam kul 4 camtu kot baru tertido.

Paginye kul 7 lebih dah bangun..sujuk woo..ingat nak mandi air terjun tapi sebab sujuk aku cancel lah, lagipun air kuat hasil hujan semalam, aku dah la pobia air sikit hahahah..baik aku p mandi air panas kat bilik air 5 star tu kan hahahaha....

Anyway breakfast.. sembang.. jalan2.. dalam kul 11.30pg kami pun balik dari situ ke KL, masing masing nagntuk hahahaha..sampai rumah, letak barang, sidai apa yg patut, semua pakat p cari katil..nasib gak kawan2 aku semua ada plan lain..tidak mau aku terlepas sebab tido hahahaha...

Trivia...

korang rasa balik pintu ni ada apa?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

hebatkan..ni salah 1 dari bilik mandi yang lawa..yg ada jakuzi tu aku tak amik la pulak ishhh

5 comments:

Mama Huptihup said...

hg ada blog baya?? waaaa tak habaq pun...

ni kalau laki aku tgk, esok dia ajak aku pi sana! aku diva, mana blh khemah2 ni haha..belagak gila...tp aku suka la bilik air dia...lawa walapun mcm menakutkan skit la...

Meeza Linn Zeq said...

Cayalah Baya....

SN said...

lyana..ni kira aku dok kemah tak mcm dok kemah boleh la...cuba hat betui punya...pasang sendiri and basic infrastructure tak da mau aku pun tamau hahaah

Jarr said...

baya - khemah tu menarek arr...mcm smart tunnel plak aku tgk..kau mana boleh aku sariap satu biji itu khemah?

SN said...

ada pun tu aku tatau jarr..tp brand coleman tu...sila la cari or google ye