Pages

Showing posts with label review...teater n film. Show all posts
Showing posts with label review...teater n film. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Tun Mahathir 2


semalam aku berkesempatan tgk teater ni...yang 1st tu tak sempat tgk time tu so aku tak leh la nak comparekan...anyway aku sgt teruja tengok teater ni..pasai pa? Off course sebab ni pasai Tun M kan...negarawan terulung negara..

Okay dia ada 3 part...masa Tun M kecik, remaja and dewasa..budak yang berlakon jd Tun M time kecik tu comel la..Ezani jadi Tun M time remaja..Esma Danial jadi time dewasa..tp antara semua Esma Danial la yang paling resemble Tun M sesangat.

Aku walhal dok semeja makan dengan Ezani..lupa nak tanya dia tu mmg dia nyanyi ke dia lipsync sebab macam bukan sora dia je pun...tapi sweet la percintaan dgn Tun Siti Hasmah..."u i l.o.v.e u" sweet ok!!!

Tambahan season ni ada A.C Mizal jadi kawan Tun M zaman remaja dgn Sarimah Ibrahim yang jadi narrator..tapi memang kehadiran depa 2 ni sangat menarik

Wednesday, August 4, 2010

cuci the musical 2


Semalam aku p tengok Cuci the musical 2...well aku memang nak tengok citer ni bila announce ada second season..kenapa? Sebab utama dia..cast dia yang memang tersangat best!!!

Ok second season ni ada sikit perubahan cast...
AC Mizal ganti dengan Nabil.
Adibah Noor ganti dengan Jaclyn Victor
Tan Sri (Ramli Hassan) ganti dgn Rehman Rashid

Setiap minit memang best tak berhenti gelak ok..siap semalam ada satu time tu..V tarik form dr Aflin, Aflin gigit form tak nak lepas sampai koyak form tu...V siap tak leh tahan nak gelak ok!! memang hari hari ada saja lawak yang berlainan sebab banyak lawak adlip dek 4 beradik nih.

Jalan cerita masih sama (macam kat muvi jugak la)..cuma beza part Jac & Tan Sri sikit la..kalau dulu Adibah kan "cute"..awie suka perempuan "cute" la time tu...sekarang awie suka pompuan ala kajol la pulak..Tan Sri pulak dulu asyik kena pasai botak..yang ni pasal B.O (tapi 1 scene je la pasai ni). Aku dipahamkan tukar cast sebab cast asal tak free so tak leh commit (err maybe except for AC la kan...1 Malaya tau ada kes sikit dgn Hans)

Pendapat aku personally...aku suka cast dulu banding cast kali ni except for Nabil. Bagi aku Jac tak menyinar compare to Adibah...time Adibah dulu she really own the stage!! Tak tengok orang lain dah time dia. Tan Sri pun sama..aku sungguh suka Tan Sri dulu...yang ni macam tak berapa.

Tapi whatever pun kudos to the new cast...Jac dengan watak pompuan manja gedik sesikit tu. Tapi Nabil sebab dia pun barukan..apatah lagi aku rasa dia tak pernah involve dalam teater..so good try la. Hans punya vocal kali ni better dari dulu..sangat improve!!! Aflin..tak yah citer la..memang best..Awie??? Oh aku sangat suka Awie ok!!! Tapi kali ni dia ala2 lebih nyah dari yang dulu tapi memang best la depa nih!!!

So sapa yang tak tengok tu..sila la p tengok ye...ada 8 show lagi...tak tengok rugi wooo....

Wednesday, July 21, 2010

Uda dan Dara the musical



"Ko pergi dengan hati jantan Uda..ko pulang dengan hati lelaki"


Semalam aku p tengok teater ni kat IB..last day dah..arahan Dato' Rahim Razali hasil karya sasterawan negara Usman Awang...lama dah karya ni..zaman mak pak aku muda2 lagi...

Anyway aku p tengok tanpa sebarang expectation..yelah teraju utama Misha Omar - Dara(baru je jinak-jinak jadi pelakon apatah lagi teater) dengan Razali Hussain - Uda (ni memang suara lelaki sungguh)....lagipun kalau dah letak satu tanda aras kang balik kuciwa kan...maklomla Uda & Dara ni bukan calang-calang naskah.

Bagi budak budak masa kini aku rasa tak banyak yang terdedah kat citer Uda & Dara ni..aku pun sama la tapi tau la jugak sikit2. Citer dia ala-ala Romeo & Juliet versi Melayu la kiranya...Dara anak orang kaya bercinta dengan Uda pemuda kampung yang miskin..dok pondok buruk dgn mak dia..

Bagi orang kampung percintaan Uda & Dara ni sangat direstui dan disukai..tapi biasalah bila Mak Uda p merisik si Dara..mak si Dara (Betty Benafe) dalam sinis tolak..yalah tak sama darjat taraf kedudukan duit ringgit bagai kan. So Si Uda bertekat p ke kota cari kekayaan nak bawak balik tunjuk kat mak Dara..ok aku pun ada duit ringgit dah sekarang.

Ha pada masa sama Alang Bakhil (Pakcik si Dara) ni dok sibuk cucuk Mak Dara supaya bagi Dara kawin dengan anak sedara dia yang kerja kat kota..konon harta kekayaan tak p mana la..dalam family tu jugak. Anyway as nama dia Bakhil..dia ni kira macam lintah darat la jugak..dia bg org kampung pinjam duit..pastu paksa suruh bayar..tak leh bayar..rampas hasil tanaman..suruh gadai tanah..kang dia beli dengan rega murah..time Uda tak da dia p kaco Mak Uda suruh bayar hutang gadai tanah semua..nak rampas tanaman tapi nasib ada Utih tolong p marah Alang Bakhil ni (Utih ni di anggap gila oleh Alang Bakhil so kiranya giler pa gadoh dengan orang gila).

Anyway Uda balik ke kampung lepas dah cari duit, suruh mak dia p pinang Dara...tapi at the same time Alang Bahkil dok cucuk Mak Dara..Uda ni kira berilmu la (silat semua tu kira terer la)..so dua pilihan nak hapuskan Uda..cara halus or cara kasar...

So bila balik si Uda ni..berdating lah Uda & Dara kat port biasa..dalam pada tu Dara dok rasa tak sedap hati dah...memang betulla....tengah dating..datang geng Alang Bakhil serang Uda..Uda terkorban...

Haa..time ni baru aku rasa Misha Omar menyerlah..time yang sebelum tu macam tak nampak sangatla sebab nampak dia macam berjaga-jaga dengan tarian dan pergerakan..time dia menangisi kematian Uda tu sangat la real..sedu sedan semua cukup..time ni memang nampak dia sangat menghayati watak dia...tengok gambar ni kalu tak caya

picture credit gua.com.my

Haa..lagu pulak (dah nama pun musical kan..lagu dia catchyla..sedap pun ye jugak..ada yang kalau komersilkan boleh naik kat carta lagu rasanya..kena pulak memang penyanyi yang menyanyikan so lagi la umph). Anyway memang nampak ada "kimia" antara Uda & Dara ni..Dara kali ni versi manja2 kebudakan sikit2 bukan jenis lemah lembut lutut la kiranya..Uda off course la macho tak terkirakan..tapi yang aku macam musyil..ni era mana citer ni..adakah zaman 50an? 70an? 80an? sebab dari gaya percintaan Uda & Dara ni kira dasat woo..peluk2 penuh perasaan..pastu dari segi pergaulan pemuda pemudi pun macam tak kisah je..so aku macam tak tau nak letak era mana kisah ni.

anyway watak yang sangat menyerlah dalam teater ni adalah Utih dan Alang Bakhil yang dipegang oleh Khir Rahman dan Mazlan Tahir (memang orang teater kan). Memang superb lakonan diaorang..boleh kata overshadow pelakon utama.

Tapi walau apa pun tema teater ni boleh pakai sepanjang zaman la..sebab sampai bila pun akan ada beza antara darjat harta kedudukan wang ringgit semua ni....

Uda Dan Dara ~ Usman Awang

Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

~ Usman Awang

“Berat kupikul sakit kutanggung, ibu, tetapi Dara hanyalah satu tak dapat ditukar ganti, tak dapat dijual beli. Jika begini penanggunganku kerana Dara, maka relalah hamba menerimanya.”

Tuesday, October 27, 2009

Cuci The Musical


credit gambar to dany


Wahhhh aku bagi 5 bintang!!!! Seriyes tak rugi duit la p tengok citer ni...lawak tak hinggat all the wayyyyyyy to the end...dalam serious ada lawak..adeh..teringat pun dah rasa lawak..tetiba terasa macam nak p tengaok buat sekian kali la pulak...

Anyway aku p tgk last Saturday, best sekali tgk seat aku tu 2nd row dari stage..haa amik ko lobang idung AC, Awie, Aflin n Hans mmg clear la leh tengok...

Kisah dia masih sama macam dalam filem cuci tu..cuma watak Era ganti dgn Vanida, watak Umi Aida ganti dengan Adibah Noor, Harith Iskandar jadi Wira...bagi aku yg paling aku suka is Awie..soooo cheeeky!!!

Aku nak cerita pun macam korang dah tau kan dalam filem tu...tapi aku citer yang tak brapa ada dalam filem...yalah nama pun musical kannnn....Vanida punya suara sedap..not bad..yang lain tu biasalah kan..tapi as for 4 beradik tu hans la yg paling kureng soranya..tapi tetap best.

Adegan best...
Adegan Adibah Noor jatuh centa dengan Awie sangat lawak..menjadik la Awie n Adibah!!!

Lagi satu time jumpa daddy Vanida..Tan Sri hapa tah...
Aflin :ampun Tan Sri...
Tan Sri : eh saya bukan raja nak sembah....
Aflin : Ooooooooo saya tak pernah jumpa Tan Sri selama ni"

Seriyes muka 4 bradik tu lawak sangat time tu..muka seposen habih

Lagi satu time Tan Sri p rumah 4 bradik yang tinggal 3 lepas Aflin lari p kerja dgn Wira..AC lawak habih time tu...

Anyway time aku tgk tu Matinee...dari kul 3 hingga 6 lebih..panjang wooooo tapi sangat menghiburkan hati

Tahniah tu semua crew!! Such a good teamwork..nampak sangat kimia yang baik antara semua...

Aflin..cewah..cam dia baca kan..tak kira nak gak buh...tahniah!!! Papadom pun best...tak sesia 2 weken p tengok 2 hasil kerja Aflin!!! Worth IT!!!

Ok ni gambo Dany sempat snap time kat luar time signing Autograph...





Friday, April 10, 2009

Hana Yori Dango -vs- Boys Over Flowers







Ohh aku tatau pasai pa..aku memang suka sangat dengan cerita ni..
kan aku pernah cerita dulu asal usul cerita ni kan...and ada banyak versi live action. Sebab cerita versi Korea ada kat astro, and aku tertengok dan terstreming kat internet, aku nak compare gak versi Jepun (bagi aku the best among all!!!) dgn Korea, yang Taiwan (Meteor Garden)tu aku ingat ingat lupa..lama dah tengok zaman U dulu tuuuu). Ada pun ni semua pandangan peribadi aku ja..lain orang mungkin lain pendapat ok!!

Jalan Cerita

Basically aku rasa Korea punya version fast pace sikit (ataukah sebab yang Jepun tu aku dah tengok dulu and aku dah tau apa nak jadi maka aku rasa Korea punya version punya lebih fast moving). Memang 2 cerita ni basic sama tapi olahan tu lain lain, macam F4 versi korea bagi aku agak "jinak" dari versi Jepun yang kijam dan buat sesuka hati.

Jalan cerita versi korea bagi aku lebih detail, watak F4 dia banyak dialog kalau compare Jepun, and as usual korea punya version mesti meleret sikit la kan...
Additional plot yang aku nampak versi korea ni ada kisah personal geng F4 yang tak da dalam versi Jepun. Lagi satu aku tak puas hati...kat korea umur berapa dah boleh bawak keta ha? Macam kat US ke? High School dah boleh bawa kereta? Sbb semua geng F4 (kecuali Ji Hoon yang bawak superbike) drive sendiri sport car yg lawa lawa woooo....
Ha lagu satu, mak Jyo Pyo kejam tapi tak nampak kejam, sangat makan dalam hingga sanggup tipu anak sendiri.

Tapi apa apa pun, hanya versi Jepun yang telah menghuru harakan emosi aku...boleh gelak dan nangis pada 1 masa tu...betapa berkesan dan hebat tak hebat la...

F4

(Ni versi semua..anime..taiwan..jepun..korea)


Ni versi anime


Ni F4 Jepun


Ni F4 Korea


Watak Utama

Domyouji Tsukasa-vs- Go Jun Pyo
(Matsumoto Jun) (Lee Min Ho)



Domyouji Tsukasa (Matsumoto Jun)

Bagi aku yang Matsujun lagi best jadi hero sebab kalau nak ikut dr manga dia, memang Jun lebih iras Domyouji. Jun lagi brutal dan nampak sikit ketakbetulan otak, kebodohan (ada masa), ego (kiranya memang Almighty Domyouji la...tak ada ciri ciri kelemahan yang ketara la kiranya). Kiranya kalau aku la...aku tinggai dah boyfriend cam ni..baik aku p kat Hanazawa Rui lagi tak siksa perasaan. Tapi kalau aku jd Makino aku pun torn between gak antara dua nih...nasib baik aku bukan Makino!
Kalau versi jepun ni, Domyouji ni macam kuat dari orang biasa, kena pukul teruk pun still boleh survive lagi, kalau orang lain kena tu dah pengsan koma lah. Pembentukan watak versi jepun memang gambarkan dia almighty as claim la.
Pemilihan si Matsumoto Jun ni memang sangat kena la dgn watak ni...dan telah menyebabkan aku jadi fangirl (yg tak la over punya fangirl) matsujun hihihih


Gu Jun Pyo (Lee Min Ho)

Lee Min Ho kalau compare dari versi korea yang bagi aku nampak kontrol macho sikit, lebih lembut(tak kijam), tak la almighty sangat sbb takut serangga, ular..siap boleh hilang kemachoan walaupun dikhalayak ramai..dari segi ni aku rasa maybe sript tu dah bentuk watak ni sebagai normal person, ada perasaan takut, lemah semua la..kiranya watak dia watak orang biasa cuma dia waris kepada empayar yg global dan kaya amat la kiranya. Aku tak nampak chemistry antara dia dan Jan Di.

Hanawara Rui -vs- Yoon Ji Hoo
(Shun Oguri) (Kim Hyun Joong)


Huhuhu dua-dua ni aku suka, approach yang sangat berbeza watak ni dalam 2 versi, tapi memang dua dua versi buat aku cair n jatuh centa dgn perangai mereka.


Hanazawa Rui (Shun Oguri)

Versi Jepun...pendiam, penyendiri yang amat ketara tak banyak dialog pun, tapi cukup je dgn pandangan mata dan mimik muka yang bg sampaikan apa yg dia rasa. Jelingan or pandangan je dah cukup buat ramai org cair kat dia..apatah lagi bila watak dia selalu jd penyelamat.Kalau aku jadi Makino (heroin) aku dalam dilema sungguh..tatau mana nak pilih huhuhuh dua-dua centa amat (Domyoji dgn Hanazawa Rui ni woooo...)


Yoon Ji Hoo(Kim Hyun Joong)

Versi Korea lak, mmg banyak dialog betul watak ni...memang jadi knight in shining amour lah kat Jan Di (heroin)..sentiasa ada bila diperlukan...Versi Korea ni aku mmg rasa tolonglah...baik ko amik je mamat ni dr Goo Jun Pyo tu...sebab aku rasa chemistry antara Jan Di dgn Ji Hoon ni lagi kena dan terasa kalau compare dgn Jun Pyo.Watak Ji Hoon dalam versi Korea ni lebih aktif, very talented in music (sampai muda muda leh jd music conductor tu..dasat tak dasat). Lagi satu, dalam versi Korea, Ji Hoon adalah anak yatim piatu, parent dia mati sbb accident, ada datuk..tapi ada masalah dgn datuk dia..ni kira tambahan plot dr versi Jepun. Lagi satu, kalau apa-apa jadi kat Jun Pyo, mesti Ji Hoon yang akan take over (sama ada Jun Pyo sdr yg mintak tolong cover or mmg dia sendiri ada kat right time and right place).

Nishikado Sojiro -vs- Si Yi Jung
(Matsuda Shota) (Kim Bum)



Nishikado Sojiro (Matsuda Shota)

Versi Jepun, watak Sojiro ni waris kpd Japanese Tea Ceremony punya famili yang disegani kat Jepun. Seorang womaniser dan selalu jadi geng penyelamat dgn Akira kepada Makino. Dikejar oleh best frend Makino tapi dia suka melarikan diri.


Si Yi Jung (Kim Bum)

Versi Korea lak, dia ni adalah pembuat tembikar yg terkenal dan amat berbakat. Womaniser gak, tapi yg lain sikit ada twist on personal life, bapak dia laki la dasat punya womaniser, mak tengah sakit pun kepit pompuan lain, so Yi Jung ni macam ada konflik dalaman dgn bapak dia. Yang best kat versi Korea ni, relationship dia dgn Ge Eul (bff heroin)lebih berkembang dan sangat menarik ditonton.

Mimasaka Akira -vs- Song Woo Bin
(Tsuyoshi Abe) (Kim Joom)



Mimasaka Akira (Tsuyoshi Abe)

Versi Jepun, dia ni pun playboy besar yg suka dgn mature woman, dalam versi Jepun, Akira dgn Shojiroh ni macam glue yang menyatukan F4, kalau tak mesti dah pecah belah dah F4 tu dgn konflik antara Domyoji dgn Hanazawa Rui tu.


Song Woo Bin (Kim Joom)

Versi Korea, sifat playboy dia tak nampak sangat, actually watak ni bagi aku macam tak prasan sgt pun.

Makino Tsukushi -vs- Geum Jan Di
(Inoue Mao) (Goo Hye Sun)



Makino Tsukushi (Inoue Mao)

Versi Jepun mmg sangat best pelakonnya...sangat sedih, terharu aku..bila dia gelak, aku gelak, bila dia nangis aku pun terasa juga dihati kesedihan dia. Memang pemilihan cast yang aku rasa memang best dan kena, sungguh kagum aku dgn semangat dia walaupun kadang2 buat tindakan bodoh jugak. Memang sangat padan dgn hero, chemistry yang mmg jelas terasa dan nampak natural.


Geum Jan Di (Goo Hye Sun)

Versi Korea, pada mula aku tengok aku tak suka sebab watak dia macam kasar sangat dan terlalu tomboy, tapi semakin tengok makin suka, tapi masih gagal buat aku rasa kesedihan yang dia alami, tapi serius chemistry Jan Di dgn Ji Hoon sangat kuat dari dgn Jun Pyo sampai aku rasa buat pa la ko nak kat si Jun Pyo tu...(tapi yelah tak kan nak lari dr citer asalkan)

Tapi apa apa pun cerita ni tak kira versi apa pun memamg best, tapi personal pick aku off course versi Jepun lah tapi Korea punya pun nod bad sungguh enjoy tengok citer ni...soo sapa yg tak tengok lagi sila lah tengok..mmg best sampai Dalin yg tak tengok citer Jepun pun telah ku paksa tengok dan kata citer ni best!

Sunday, March 22, 2009

Sirah Junjungan - Tahajud Cinta



Sekali lagi sempena Maulud Nabi, Istana Budaya adakan teater Sirah Junjungan-Tahajud Cinta, berbeza nama sikit..kalau tahun lepas hanya Sirah Junjungan ja, masih lagi di arahkan oleh Erma Fatima, antara cast yang lain dr thn lepas..Siti Khatijah - Vanidah Imran (Norish Karman last year)..Hendon - Rabecca Nur Islam (thn lepas Elie Suryati)

Ada sedikit pembaharuan dan perubahan dari tahun lepas, time yang aku tengok ni Siti Nurhaliza jadi main Singer, mak aiii aku rasa bab suara ni sapa pun tak leh deny, memang sedap sungguh la Siti nyanyi lagu bercirikan ketuhanan dalam teater ni..

Teater ni mengisahkan kisah Nabi Muhammad SAW dari kecik sampai wafat, bagi aku personally babak babak akhir tu sangat la touching..babak Nabi wafat, sungguh terasa...bukan aku sorang tapi boleh kata 1 dewan lah..memang terasa especially selawat last tu...

kalau nak panjang lebar, ada gambar... lagi cerita boleh cek sini
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/10/mstar_hiburan/20090310132444&sec=mstar_hiburan

Tuesday, March 10, 2009

Hana Yori Dango Marathon!!!!!



Sori la lama tak post...sebab apa...ni ha antara sebabnya...dok marathon citer ni...
Giler best!!!!Banyak-banyak cerita Jepun..aku rasa cerita ni la paling best yang aku tengok setakat ni...

Cerita ni ada 2 season dan 1 movie...aku telah maraton tengok semua sekali!!!
Sungguh emo aku tengok cerita ni..tak pernah pernah la aku tgk cerita (apatah lagi cerita jepun) aku emo..kalau hindustan tu paham la jugak hahaha...

Cerita ni asal dari Manga dr Jepun (bukan majalah manga or buah tu tau)..telah di adaptasi ke 3 jenis drama...kalau korang ingat Meteor Garden tu..haaaaa...ni salah satu adaptasi citer ni..Yg aku suka ni versi Jepun...la ni versi Korea pun dah ada..tapi antara semua aku paling suka off couse versi jepun...semua cute (kawaii..bak kata jepun hahaha..manage to pick up banyak word gak la tgk citer ni)

Anyway soundtract dia memang best....si hero Domoiji nyanyi gak (dia dari band nama Arashi..famous gak kat Jepun), lagu opening semua Arashi nyanyi..best lagu dia

tapi apa pun aku rasa macam boleh tak sambung lagi citer ni...please laaa movie dia tak cukup la...sila la sambung huhuhuh...

tapi sebab aku dah hook dgn hero dia..aku telah cari citer yg best mamat ni berlakon...hihihih..antaranya Gokusen 1..Bambino

ni lagu dari season 1 yang aku suka...Planetarium by Ai Otsuka


ni lagu dari season 2 yang aku suka sangatttt....Flavour of Love by Utada Hikaru


ni aku buh trailer dr filem dia...

Friday, February 20, 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical Season 3




Yahhh...teater yang aku tunggu tunggu sejak tiara announce nak buat lagi sekali...
aku kira bertuah sebab berpeluang tgk PGL1, PGL2 dan semestinya PGL3...dari first season sampai third season mmg lakonan, story n dialog makin mantap siap ada magic magic lagi dasat laaaaa....

Aku p tgk 12/2/2009 hari tu...memang excited habis...dan walaaah hasilnya memang makin mantap dan banyak pembaharuan dari segi set, jalan cerita etc...

Tiara Jacquelina - Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah
Aku rasa kalau lepas ni sapa yg ganti dia mmg kena bersedia tahap gaban la...mmg susah nak ganti..Tiara mmg nampak put all efford dan menjadi satu dgn watak puteri ni...tapi yg season 3 ni tiara nampak berisi sikit la...

Stephen Rahman-Hughes - Hang Tuah
Aku rasa mmg improve sangat dialog dia kalau compare dgn season 1 n 2, lebih fasih dan aku boleh percaya dialog yg keluar tu adalah Melayu..slang dah kurang habis..
lakonan mantap..nyanyian hebat terutama yg bab merindu puteri tu...gila panjang napas tuuuuuuu....

Adlin Aman Ramlie - Sultan Mahmud
As usual, mmg nyampah la kan kat sultan ni..tapi yang paling di tunggu pun sultan melaka nyanyi depan pintu istana ala broadway..mmg happening every season ok!!!
Line makin banyak season ni..

AC Mizal - Gusti Adipati Handaya Ningrat
Mmg menjadi Gusti Adipati..tapi personally aku rasa (based on yg aku tgk la ya...aku rasa sesaon 3 ni AC agak kureng...best lagi season 2, lagi terasa gerun takut Adipati ni)

Ida Mariana - Bayan, Putri Understudy
As Bayan, dari season 1, 2 n 3 mmg tak pernah menghampakan...best sungguh..kali ni watak Bayan dah berkembang dan makin banyak line..mmg best la Bayan ni!!!

haa...nak baca lebih lebih tgk sini...http://www.enfiniti.com.my/pglm3/
macam macam ada..scene by scene pun ada

Tapi bagi aku based on hari yg aku p tgk tu dari season 1,2 and 3, aku rasa aku paling suka season 2...tu opinion aku la kan...tp mmg season 3 improve a lot la

Thursday, November 13, 2008

Impak Maksima the Musical



Tadi aku p Istana Budaya tengok citer ni....aku expect so so la..mmg akan ada drift on stage (but takat buat pusingan la what can you expect atas pentas kan)...but then what can i say...it exceed my expectation..kudos!!!!

For teater musical di Malaysia, aku rasa citer ni mmg dekat dgn orang muda dari segi dialog even lirik dalam nyanyian pun mmg slamber habis...tak la control. Yang menariknya walaupun citer moden..tapi penggunaan zapin, joget, lagu asli, pantun is something fresh & catchy.

Perjalan cerita ok tak meleret sangat and change of background pun mmg smooth (kadang-kadang mcm rasa tgh tengok broadway pun ada gak). Zulhuzaimi sebagai main actor mmg la as expected..tak menghampakan.. very witty and just him!!

Tarian mmg superb!!! apa nak? shufle..boyying..breakdance..stomp..joget..zapin semua ada!!! Lakonan bagi aku ok la tapi dialog tu mmg sempoi and sangat dekat di hati..Dina paling aku suka dgn nyanyian out of tune dia..

bagi aku worth it nak tengok and kira fresh perspective bagi musical teater Malaysia..

ni aku letak detail yg aku amik dr IB punya site

Barisan Pelakon
Zul Huzaimy
Zarina AF
The Fabulous Cats
Dynaz
Zed Zaidi
Dina (Malaysian Idol)

Tenaga Kreatif/Produksi
Pengarah - Ahmad Idham
Penolong Pengarah - Zul Huzaimy
Penyelaras Produksi - Den Wahab
Pengarah Tari - Belalang
Komposer Muzik - Cat Farish / Faizal Uzir
Pemandu Stunt - Ser Meng Hui (Ah Fai)


Tarikh Persembahan
11-22 November 2008

Masa (Persembahan Malam: 11-22 November)
8.30 Malam

Masa (Persembahan Matinee/Petang: 15 & 16 November)
3.00 Petang

Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket
RM20, RM30, RM50, RM80, RM120 & RM150

Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel: 03-4026 5558
Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu/Ahad)


Laman Web Ticket2u (Pembelian dalam talian)
www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600

Wednesday, June 4, 2008

P Ramlee the Musical…season II

Semalam aku berpeluang tengok P. Ramlee the Musical the second season…well nama pun second season kan…maka sepanjang pementasan tu aku keep on comparing with the first season. Aku punya pemerhatian yang latest ni lebih detail kupasan cerita (good elaboration by the way..watak Azizah dan Junaidah lebih dikembangkan kali ni dan lebih kemas jalan cerita and script dari first season. Banyak lagu dari 1st season..kiranya dari segi penceritaan tu mmg lebih la…(nama pun 2nd season..mesti la nak lebih baik dari yg mula..). At last, P Ramlee yang bole cakap utara!!!! Sorry Sean Ghazi..you’re good except you can’t speak like a northern!!!

So this is my two cents opinion (who am I to critic…)
Bagi aku cast kali ni ada pro and cons dia…

P Ramlee – Murshee Ramli
Well what to say..dia memang dikenali sebagai P Ramlee’s imitator, lakonan yang meyakinkan dan lebih natural and memang kita tgk tu ada la aura P Ramlee melalui tingkah laku, gaya dan suara.. (maybe sebab Sean kurang fasih bahasa melayunya…maka nampak dia control lakonan dia)

Azizah – Amelia Rosnaida
Ha..hat ni memang tak boleh nak banding dgn CT sbb watak Azizah memang dikembangkan and more line di tangan Amelia!!! CT sorry…you can’t act…but surely a true singer!!! Lagu cinta antara Ramli & Azizah tu memangla CT menang…masih terngiang2 lagu tu CT nyanyi…”kasih sayang..senyum mesra bersama….” Tapi Amelia punya suara pun ok not bad…

Junaidah – Atillia
Better than 1st season…lakonan, penghayatan, nyanyian lebih baik dari 1st season..tambahan lagi kisah Junaidah di kembangkan kali ni..baru nampak watak Junaidah kali ni..yg 1st season tu macam tengelam watak ni.

Norizan – Melisa Saila
What to say..as usual she sold the show!!!!Tapi aku rasa macam sama ada kisah dia dikurangkan sikittt or aku yang rasa sorang sbb Azizah dgn Junaidah dikembangkan…tapi kalau nak compare persembahan antara show semalam dgn show yang aku p tgk 1st season tu…yang 1st season tu aku rasa mmg lebih umphhh!!! Aku paling suka time gaduh nak bercerai dgn P Ramlee…bersungguh-sungguh lakonan dia!!!

Saloma – Liza Hanim
Suara merdu..mak aiii suka betul la dgn suara dia ni…mmg sesuai jadi Saloma…lakonan yang lebih mantap dari 1st season, baju pun lagi lawa dari dulu..lakonan yg semakin baik dr 1st season.

All in all aku bagi 4 bintang bagi the whole production…better script, lebih kemas lakonan dan penceritaan dia.

Ha bagi sapa yang nak p tgk tu p la..tak rugi tengok!!!
Nampak pengorbanan artis ulung Negara ni…di luar dia penghibur..di dalam menderita tiada siapa yang tahu…

Thursday, March 13, 2008

Duyung



Duyung...hmm..mak aku entah apa angin nak tgk sangat citer ni...tapi tak dapat di nafikan citer ni scenery dia memang lawa...mana tak dah shooting kat antara pulau yg tercantik di dunia!!!!

Anyway..mama pi tgk hari ni dgn kakak aku..amir,danial,batrisya,sofia and marsha and bibik yaya...yee jgn gosok bijik mata...mmg betul bibik yaya...nanti aku tanya opinion depa pasai filem ni..kami mmg suka angkat geng kalau keluar...

As for me, aku dah tgk dah... Digi bagi tiket free (love free ticket!!!)..tapi pendapat aku pasai citer ni...
hmmm org lain aku tak tau la..tapi aku rasa citer ni kosong skit...messenge tu adala antaranya... "jaga kebersihan pantai kalau nak jumpa duyung"

tapi semangat si jimmy (apek) tu mmg patut dipuji la..bagi aku citer tu banyak diselamatkan dek pemandangan yg cantik2...kat dasar laut tu mmg cantik gila..(rasa macam dok dalam akuarium pun ada gak)...

tapi lain org lain pendapat...tapi apa2 pun tgk sendiri!!!majukan filem malaysia.....