Pages

Showing posts with label review..consert. Show all posts
Showing posts with label review..consert. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

konsert D'lloyd -Semalam di Malaysia


Semalam last day konsert, so aku berkesempatan lah p tengok konsert ni..khalayak yang p tengok ada lah sangat berbeza bagai langit dan bumi dgn konsert wings baru ni...haruslakan..kumpulan ni glamer zaman mak bapak aku..wings glamer zaman aku.

Anyway memang kiranya bagi golongan mak bapak aku konsert ni sangat di tunggu dan mengamit kenangan silam la kiranya. Opening by Dato Ahmad Jais (kelasss kasut tinggi tu), sora Sam (vocalist) memang tak dapat di deny la...tapi aku rasa faktor usia so dah makin cepat pancit dan mak aku pun kata dah tak ada sora sangat dah si Sam ni.

Overall bagi aku konsert ni okay (sebab aku tak la kipas susah mati dan bagi aku personally lagu2 diaorang ni best tapi mendayu dayu lantas boleh membuat aku nak zzz which ada gak la part2 aku dah doze off pun hihii).

Tapi aku paling suka part dato Ahmad Jais..giler fun ok..dia pandai buat jokes dan entertaining..

oh yaaaa kat last part lepas curtain call tetiba muncul Usop Wilcha (aku rasa dia p tgk konsert ni kot semalam) dan muncul buat havoc...giler segar aku terus hahaha..

Usop : kita panggil balik D esprostafy [camna nak eja tah (')] L L OY D(sila eja ya)..demo ni kalo tak penuh ilmu di dada tak datang seberang...kalo tak mau keluar kita bako istana budaya..kita bako kita bako...sapa nak D esprostafy [camna nak eja tah (')] L L OY D (eja lagi) - itu lah penting English educationnnnn keluar sila angkat tangan macam awok...

p/s siti n dato k pun mai..siti nampak sangat kurus ok

Tuesday, May 3, 2011

Konsert Wings

Baru baru ni 26/4 hari tu aku pergi bersama Kema dan Kuden tengok malam media untuk konsert Wings kat Istana Budaya..ini konsert dengan Orkestra bagi aku kalau konsert dengan iringan orkestra memang sangat menarik dari segi bunyi dia...tapi as usual sebab venue dia kat Istana Budaya maka dia punya perasaan tu terkawal dan tak la lepas bebas bagai tengok kernsert tak stadium kan..bak kata kema nak head bang pun tak leh

Anyway memang best, sora awie memang tak leh nak komen la kan memang boleh live, mus pun superb cuma yang agak kureng bagi aku adalah sora Mel (ye..harus di ingat Mel dan Mus pernah suatu ketika dulu ganti Awie dalam Wings) maka ada la segmen yang mereka bertiga nyanyi bersama sama. Sora Mel tengggelam banding dengan Awie dan Mus..

ok ni aku bagi sikit sedutan...sbb aku p malam media maka boleh la sedut sikit
p/s sorry kualiti kureng

Monday, February 7, 2011

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter



**gambar credit to dany

Ok semalam dapat last minit tiket untuk malam last konsert ni..actually macam rasa tak da harapan pun boleh tengok tapi ada rezeki jugak at last.

Sapa yang tak kenal Fran kan..lagu2 dia banyak yang memang dah hapal dalam kepala..suara Fran memang tak ubah..masih sama macam dulu..1st Class!! Tapi konsert ni bagi aku bawak 1 part yang aku tak pernah tau pasal Fran..kat konsert tu personality Fran yang aku rasa aku tak pernah tau or baca..dia sangat periang..jovial dan mesra alam.. memang macam interaction dengan kawan2 yang buat orang rasa dekat dengan dia..

Konsert ni ada penampilan khas Roy Sta Maria...yang comel malu malu gitu (dia dah jadi rakyat Australia dah) dengan Imran Ajmain..Imran bagi aku macam malu malu nak keluar suara sikit malam tu..sebab aku tau sora Imran sangat sedap tapi aku macam alaaaaa...awat macam tak keluar sora sangat ni...

Anyway konsert yang menghiburkan..bye the way..gila panjang orang beratur nak dapat autograph time habis tu..terselit jugak FBI dengan family dok beratur (kata bini FBI..FBI ni memang minat sesangat dengan Fran ni).

Thursday, January 27, 2011

Tun Mahathir 2


semalam aku berkesempatan tgk teater ni...yang 1st tu tak sempat tgk time tu so aku tak leh la nak comparekan...anyway aku sgt teruja tengok teater ni..pasai pa? Off course sebab ni pasai Tun M kan...negarawan terulung negara..

Okay dia ada 3 part...masa Tun M kecik, remaja and dewasa..budak yang berlakon jd Tun M time kecik tu comel la..Ezani jadi Tun M time remaja..Esma Danial jadi time dewasa..tp antara semua Esma Danial la yang paling resemble Tun M sesangat.

Aku walhal dok semeja makan dengan Ezani..lupa nak tanya dia tu mmg dia nyanyi ke dia lipsync sebab macam bukan sora dia je pun...tapi sweet la percintaan dgn Tun Siti Hasmah..."u i l.o.v.e u" sweet ok!!!

Tambahan season ni ada A.C Mizal jadi kawan Tun M zaman remaja dgn Sarimah Ibrahim yang jadi narrator..tapi memang kehadiran depa 2 ni sangat menarik

Tuesday, January 11, 2011

J2011 lagenda




semalam last day konsert jamal...rasanya ni kali ke 3 konsert solo dia kat istana budaya tapi yang kali ni aku rasa dari segi lagu ni lah konsert Jamal yang aku paling tak femiliar dengan lagu lagu yang dinyanyikan...banyak lagu dari zaman duluuu yang jarang keluar radio and lagu baru.

Tapi dari segi personality dan interaksi dengan peminat aku rasa konsert ni yang paling dia sangat lain..very jovial dan terasa dekat dengan penonton..maybe sebab ada mentor dia Dato' Ahmad Nawab sama kot maka Jamal lebih rilex.

Tapi walau pun dia ada masalah kesihatan dan ada note tinggi yang berapa nak sampai tapi pengalaman dia boleh cover la..paling menarik adalah lagi jeritan batinku dgn saksafon Ahmad Nawab tu..perghhh vocal baik punya!!!!

Monday, June 29, 2009

Satu - Siti Nurhaliza



Adapun apa pada malam 26/6/2009 aku telah pun pergi tengok konsert Satu Siti Nurhaliza kat Istana Budaya, actually malam tu 1st night aka Gala Night for Maxis (sebagai main sponsor). As expected, bila Siti punya konsert, aku dah agak mesti scale yg besar punya lah. Memang lighting, video images, props memang best dan sangat cantik...ada banyak segmen mengisahkan perjalanan hidup Siti lah kiranya..dr mula jadi penyanyi sampai dah kawin semua lah....

Ooo lupa opening by Aizat AF, sangat lah best sbb main focus vocal yg mantap..semua versi akustik..1 saxafon, 2 guitar, 1 tabla (ye ke tabla).Tapi memang mantap lah..betul menghangatkan suasana lah kiranya walaupun hanya nyanyi 4 lagu je..

Baju Siti kali ni memang lawa lawa belaka..but as for tudung..stail dia lah..tapi yg aku paling suka yg kostume seluar palazo, blause putih, nipper dgn suspender..sangat cantik..dgn topi ada bulu2..i like!!!

Dari segi lagu..boleh kata cover semua album Siti dari mula sampai lastest..dari pop sampai irama Malaysia...tapi aku ala2 kuciwa tak da lagu kesalahan ku keegoan mu..sbb aku suka lagu tu..tapi at least ada medley purnama merindu pun ok lah..tu lagu tema aku gak tu...

Personal opinion aku la..aku rasa macam panjang la konsert ni..ada masa aku rasa boring walau semua lagu Siti aku tau and hafal..

Apa-apa pun tak sabar nak tunggu konsert Anuar Zain pas ni!!!

Sunday, May 10, 2009

Black Dog Bone



Semalam aku p tengok Konsert Black Dog Bone (BDB) sempena Hari Ibu...wahhh sungguh meriah woo ini Konsert!! Opening by Jay Jay dan Rahim Othman dgn iringinan Okestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi (adik Fauziah Nawi for those yg tak tau)...goshh...rasanya selepas tengok Nodame Cantabile aku jadi lebih suka dgn Okestra (pengaruh sungguh citer ni kat aku...ohhh Chiaki Senpai..opss drift away lak aku..ok back to the consert!!)

Even sebagai opening act, Jay Jay dgn Rahim Othman memang best dgn lagu lagu popular seperti Belaian Jiwa, Joget Angan Tak sudah, Doa, Mission Impossible etc. Tapi kadang-kadang aku rasa penari2 yg tetiba ada time performance agak menyesakkan pentas lah..focus point terganggu selain dr itu aku rasa serabut..dah la pentas dah penuh dgn Okestra..ni kuar lagi penari kat depan kat belakang..bagi ada time yg ok ada time yg tak ok sbb ye lah..penari tu nak bagi naik mood retro 70's kan dgn rambut alfro..seluar bell bottom, kasut platform bagai.

Ok back to BDB..aku memang tak tau yg Jatt tu drummer/main vocal for BDB, aku hanya tau dia Main Vocal je..so bila starting dia main drum..aku rasa macam pelik...ok all band members line up la kan main instrument tetiba ada org nyanyi (aku tau la drummer aka Jatt nyanyi) tapi prasaan tu rasa pelik la sikit sbb selalu jarang (in my case tak pernah) tgk drummer as lead vocal kan..so nampak cam centre stage macam kosong la..tapi apa-apa pun...sora Jatt marvellous!!! Walau dah berusia masih macam dlm CD ok!!! giler lah havoc..aku dok tunggu lagu khayalan..which is last song..tp lagu tu yg paling meletop aku rasa..penonton pakat bangun menari menyanyi sekali mmg best la!!

Hari ni last day..sooo sapa yg tak p tengok lagi can p beli tiket and tengok...memang berbaloi!!!!