huih..semalam on the way balik dekat Lebuhraya Mahameru tetiba aku perasan luar tingkap aku ada seekor anak cicak (sebesar size ikan bilis sederhana). Mana mai la pulak cicak ni..jatuh dr pokok mana laaa...Aku pun ketuk ketuk la tingkap tu dgn harapan ko loncat la ke kereta lain atau kemana saja...tapi grip tapak kaki dia perghhh dasattt...dalam kelajuan 60km dgn dgn tiupan angin dr tepi yg meneru kat dia..dia masih gagah melekat..mmg dasat...tapi yg aku perasan ekor dia gedik2 sbb laju kot..kaki tangan dia pun kembang gedik2 jugak...dok maintain melekat..
Aku tak bleh laju time tu sbb ala2 keter kat depan tu slow..maka tu yg 60km tu..tp untuk seekor anak cicak tu bg aku kira kuat lakann..tp mmg kuat la cicak tu..aku ketuk lagi dia buat tatau...tetiba tah apa kekuatan yang dia ada..dia lari ke tp tingkap aku dan duduk lepak bawah tingkap punya pelindung hujan tu (err dalin kata rain guards..aku google betul la tu)...huhuhuh gila terer ini cicak...dalam keta dok jalan 60-70km dia leh larik tu...mmg hebat!! Fikir balik..cicak pun pandai..yalah..dia pandai pikir camna cara nak tumpang tapi tak yah teruk2 kena grip dan tolak dgn angin..maka larikkkk ke rain guards tu..
Giler hapa aku bawa cicak ni dr Mahameru ke Gombak..aku nak buka tingkap halau kang sat ni tetiba dia lompat kat aku pulak..bahaya wooo....mana nak pegang stering lagi huhuuh..tak sanggup aku ambik risiko ni..makanya aku pun bagi la dia tumpang sampai umah aku...
pagi ni aku cek dah tak da dah..dah lari ke pokok kot..sbb aku park keta bawah pokok semalam...
ni sempat aku snap time kat traffic light..
hensem dan gagah je dia lepas leh berlindung kannn...
Tuesday, May 26, 2009
60km pun grip baik punyaaaa....
Posted by SN at 12:47 PM 4 comments
Sunday, May 10, 2009
Black Dog Bone

Semalam aku p tengok Konsert Black Dog Bone (BDB) sempena Hari Ibu...wahhh sungguh meriah woo ini Konsert!! Opening by Jay Jay dan Rahim Othman dgn iringinan Okestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi (adik Fauziah Nawi for those yg tak tau)...goshh...rasanya selepas tengok Nodame Cantabile aku jadi lebih suka dgn Okestra (pengaruh sungguh citer ni kat aku...ohhh Chiaki Senpai..opss drift away lak aku..ok back to the consert!!)
Even sebagai opening act, Jay Jay dgn Rahim Othman memang best dgn lagu lagu popular seperti Belaian Jiwa, Joget Angan Tak sudah, Doa, Mission Impossible etc. Tapi kadang-kadang aku rasa penari2 yg tetiba ada time performance agak menyesakkan pentas lah..focus point terganggu selain dr itu aku rasa serabut..dah la pentas dah penuh dgn Okestra..ni kuar lagi penari kat depan kat belakang..bagi ada time yg ok ada time yg tak ok sbb ye lah..penari tu nak bagi naik mood retro 70's kan dgn rambut alfro..seluar bell bottom, kasut platform bagai.
Ok back to BDB..aku memang tak tau yg Jatt tu drummer/main vocal for BDB, aku hanya tau dia Main Vocal je..so bila starting dia main drum..aku rasa macam pelik...ok all band members line up la kan main instrument tetiba ada org nyanyi (aku tau la drummer aka Jatt nyanyi) tapi prasaan tu rasa pelik la sikit sbb selalu jarang (in my case tak pernah) tgk drummer as lead vocal kan..so nampak cam centre stage macam kosong la..tapi apa-apa pun...sora Jatt marvellous!!! Walau dah berusia masih macam dlm CD ok!!! giler lah havoc..aku dok tunggu lagu khayalan..which is last song..tp lagu tu yg paling meletop aku rasa..penonton pakat bangun menari menyanyi sekali mmg best la!!
Hari ni last day..sooo sapa yg tak p tengok lagi can p beli tiket and tengok...memang berbaloi!!!!
Posted by SN at 5:25 PM 0 comments
Labels: review..consert
Happy Birthday Mama!!!
Happy Birthday Mama....yup mama's birthday was on 8th May ari tu...just few day after that is Mother's Day...but being broadup in a family that dont really express our feeling..we tend to buat paham paham je lah...
I think the kids (semua anak sedara aku la tu) yang expressive and havoc in their own way...to bad the whole of my sister's family are chasing and taking turn at the toilet..must be the Kenduri yesterday la ni....
If not we can celebrate together...soooo...kak biha make sure next Ahad semua org OK ye...we beli cake etc..tapi bukan Sabtu tau..got plan already!!!
To my cousin Azizah..Happy Mother's Day and Omedetou (conglatulation) on your first born which is today (Mother's Day itself)
Posted by SN at 5:17 PM 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
Friday, April 10, 2009
Hana Yori Dango -vs- Boys Over Flowers



Ohh aku tatau pasai pa..aku memang suka sangat dengan cerita ni..
kan aku pernah cerita dulu asal usul cerita ni kan...and ada banyak versi live action. Sebab cerita versi Korea ada kat astro, and aku tertengok dan terstreming kat internet, aku nak compare gak versi Jepun (bagi aku the best among all!!!) dgn Korea, yang Taiwan (Meteor Garden)tu aku ingat ingat lupa..lama dah tengok zaman U dulu tuuuu). Ada pun ni semua pandangan peribadi aku ja..lain orang mungkin lain pendapat ok!!
Jalan Cerita
Basically aku rasa Korea punya version fast pace sikit (ataukah sebab yang Jepun tu aku dah tengok dulu and aku dah tau apa nak jadi maka aku rasa Korea punya version punya lebih fast moving). Memang 2 cerita ni basic sama tapi olahan tu lain lain, macam F4 versi korea bagi aku agak "jinak" dari versi Jepun yang kijam dan buat sesuka hati.
Jalan cerita versi korea bagi aku lebih detail, watak F4 dia banyak dialog kalau compare Jepun, and as usual korea punya version mesti meleret sikit la kan...
Additional plot yang aku nampak versi korea ni ada kisah personal geng F4 yang tak da dalam versi Jepun. Lagi satu aku tak puas hati...kat korea umur berapa dah boleh bawak keta ha? Macam kat US ke? High School dah boleh bawa kereta? Sbb semua geng F4 (kecuali Ji Hoon yang bawak superbike) drive sendiri sport car yg lawa lawa woooo....
Ha lagu satu, mak Jyo Pyo kejam tapi tak nampak kejam, sangat makan dalam hingga sanggup tipu anak sendiri.
Tapi apa apa pun, hanya versi Jepun yang telah menghuru harakan emosi aku...boleh gelak dan nangis pada 1 masa tu...betapa berkesan dan hebat tak hebat la...
F4
(Ni versi semua..anime..taiwan..jepun..korea)
Ni versi anime
Ni F4 Jepun
Ni F4 Korea
Watak Utama
Domyouji Tsukasa-vs- Go Jun Pyo
(Matsumoto Jun) (Lee Min Ho)
Domyouji Tsukasa (Matsumoto Jun)
Bagi aku yang Matsujun lagi best jadi hero sebab kalau nak ikut dr manga dia, memang Jun lebih iras Domyouji. Jun lagi brutal dan nampak sikit ketakbetulan otak, kebodohan (ada masa), ego (kiranya memang Almighty Domyouji la...tak ada ciri ciri kelemahan yang ketara la kiranya). Kiranya kalau aku la...aku tinggai dah boyfriend cam ni..baik aku p kat Hanazawa Rui lagi tak siksa perasaan. Tapi kalau aku jd Makino aku pun torn between gak antara dua nih...nasib baik aku bukan Makino!
Kalau versi jepun ni, Domyouji ni macam kuat dari orang biasa, kena pukul teruk pun still boleh survive lagi, kalau orang lain kena tu dah pengsan koma lah. Pembentukan watak versi jepun memang gambarkan dia almighty as claim la.
Pemilihan si Matsumoto Jun ni memang sangat kena la dgn watak ni...dan telah menyebabkan aku jadi fangirl (yg tak la over punya fangirl) matsujun hihihih
Gu Jun Pyo (Lee Min Ho)
Lee Min Ho kalau compare dari versi korea yang bagi aku nampak kontrol macho sikit, lebih lembut(tak kijam), tak la almighty sangat sbb takut serangga, ular..siap boleh hilang kemachoan walaupun dikhalayak ramai..dari segi ni aku rasa maybe sript tu dah bentuk watak ni sebagai normal person, ada perasaan takut, lemah semua la..kiranya watak dia watak orang biasa cuma dia waris kepada empayar yg global dan kaya amat la kiranya. Aku tak nampak chemistry antara dia dan Jan Di.
Hanawara Rui -vs- Yoon Ji Hoo
(Shun Oguri) (Kim Hyun Joong)
Huhuhu dua-dua ni aku suka, approach yang sangat berbeza watak ni dalam 2 versi, tapi memang dua dua versi buat aku cair n jatuh centa dgn perangai mereka.
Hanazawa Rui (Shun Oguri)
Versi Jepun...pendiam, penyendiri yang amat ketara tak banyak dialog pun, tapi cukup je dgn pandangan mata dan mimik muka yang bg sampaikan apa yg dia rasa. Jelingan or pandangan je dah cukup buat ramai org cair kat dia..apatah lagi bila watak dia selalu jd penyelamat.Kalau aku jadi Makino (heroin) aku dalam dilema sungguh..tatau mana nak pilih huhuhuh dua-dua centa amat (Domyoji dgn Hanazawa Rui ni woooo...)
Yoon Ji Hoo(Kim Hyun Joong)
Versi Korea lak, mmg banyak dialog betul watak ni...memang jadi knight in shining amour lah kat Jan Di (heroin)..sentiasa ada bila diperlukan...Versi Korea ni aku mmg rasa tolonglah...baik ko amik je mamat ni dr Goo Jun Pyo tu...sebab aku rasa chemistry antara Jan Di dgn Ji Hoon ni lagi kena dan terasa kalau compare dgn Jun Pyo.Watak Ji Hoon dalam versi Korea ni lebih aktif, very talented in music (sampai muda muda leh jd music conductor tu..dasat tak dasat). Lagi satu, dalam versi Korea, Ji Hoon adalah anak yatim piatu, parent dia mati sbb accident, ada datuk..tapi ada masalah dgn datuk dia..ni kira tambahan plot dr versi Jepun. Lagi satu, kalau apa-apa jadi kat Jun Pyo, mesti Ji Hoon yang akan take over (sama ada Jun Pyo sdr yg mintak tolong cover or mmg dia sendiri ada kat right time and right place).
Nishikado Sojiro -vs- Si Yi Jung
(Matsuda Shota) (Kim Bum)
Nishikado Sojiro (Matsuda Shota)
Versi Jepun, watak Sojiro ni waris kpd Japanese Tea Ceremony punya famili yang disegani kat Jepun. Seorang womaniser dan selalu jadi geng penyelamat dgn Akira kepada Makino. Dikejar oleh best frend Makino tapi dia suka melarikan diri.
Si Yi Jung (Kim Bum)
Versi Korea lak, dia ni adalah pembuat tembikar yg terkenal dan amat berbakat. Womaniser gak, tapi yg lain sikit ada twist on personal life, bapak dia laki la dasat punya womaniser, mak tengah sakit pun kepit pompuan lain, so Yi Jung ni macam ada konflik dalaman dgn bapak dia. Yang best kat versi Korea ni, relationship dia dgn Ge Eul (bff heroin)lebih berkembang dan sangat menarik ditonton.
Mimasaka Akira -vs- Song Woo Bin
(Tsuyoshi Abe) (Kim Joom)
Mimasaka Akira (Tsuyoshi Abe)
Versi Jepun, dia ni pun playboy besar yg suka dgn mature woman, dalam versi Jepun, Akira dgn Shojiroh ni macam glue yang menyatukan F4, kalau tak mesti dah pecah belah dah F4 tu dgn konflik antara Domyoji dgn Hanazawa Rui tu.
Song Woo Bin (Kim Joom)
Versi Korea, sifat playboy dia tak nampak sangat, actually watak ni bagi aku macam tak prasan sgt pun.
Makino Tsukushi -vs- Geum Jan Di
(Inoue Mao) (Goo Hye Sun)
Makino Tsukushi (Inoue Mao)
Versi Jepun mmg sangat best pelakonnya...sangat sedih, terharu aku..bila dia gelak, aku gelak, bila dia nangis aku pun terasa juga dihati kesedihan dia. Memang pemilihan cast yang aku rasa memang best dan kena, sungguh kagum aku dgn semangat dia walaupun kadang2 buat tindakan bodoh jugak. Memang sangat padan dgn hero, chemistry yang mmg jelas terasa dan nampak natural.
Geum Jan Di (Goo Hye Sun)
Versi Korea, pada mula aku tengok aku tak suka sebab watak dia macam kasar sangat dan terlalu tomboy, tapi semakin tengok makin suka, tapi masih gagal buat aku rasa kesedihan yang dia alami, tapi serius chemistry Jan Di dgn Ji Hoon sangat kuat dari dgn Jun Pyo sampai aku rasa buat pa la ko nak kat si Jun Pyo tu...(tapi yelah tak kan nak lari dr citer asalkan)
Tapi apa apa pun cerita ni tak kira versi apa pun memamg best, tapi personal pick aku off course versi Jepun lah tapi Korea punya pun nod bad sungguh enjoy tengok citer ni...soo sapa yg tak tengok lagi sila lah tengok..mmg best sampai Dalin yg tak tengok citer Jepun pun telah ku paksa tengok dan kata citer ni best!
Posted by SN at 6:48 PM 4 comments
Labels: review...teater n film
Sekatan Jalanraya
Srbenarnya dari semalam lagi aku nak tulis pasai road block ni...tapi tak tau kenapa aku tetiba mengalami masalah memory loss...langsung tak ingat sehinggalah pg tadi aku lalu jalan ini dan teringat...
Gini kisahnya, area jalan kat depan rumah aku ni mmg boleh kata dalam 1 bulan akan ada 4 5 kali road block by JPJ (mmg port dia lah kiranya), biasalah kan..dr jauh aku dah tau tu sah ada road block tu kalau tgk tetiba jalan jd slow semacam, okay lah..bukan buat salah, road tax aku lama lagi mati lagipun maka buat derk je lah kan...
sesungguhnya aku rasa port road block ni tak sesuai sungguh..akan menyebabkan jalan jem secara tetiba (sbb lepas traffic light akan jumpa ini road block (bayangkan je lah..macam tangkap pukal semua keta/moto)..lagi satu..aku baru terperasaan sebelum road block tu dlm 100 meter ada U turn...hahaha maka pada yg rasa-rasa tak lepas tu ada jalan pulang la maknanya...aku terperasaan apabila tetiba 2 motor tetiba baik punya U turn balik sambil tengok-tengok kat road block tu...ohhh tetiba aku rasa so what the point buat road block ni?
Posted by SN at 3:11 PM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
Yay...dapat hadiah dr gepren!!!

Dalin....muah muah muah...tq!!!
aku dah dapat dah itu Vanilla Lace yg sungguh Vanilla...I likeeeee...masuk hari ni dah aku dok pakai ini body mist hari hari....pas mandi..nak p kerja..balik kerja..ohh sungguh nak makan diri sendiri rasanya!!!!
yaa ini lah rupa vanila lace itu...Tq.Tq.Tq...terharu aku kat hang yg out of no where tetiba ada pertanyaan yg buat aku terharu!!!
Posted by SN at 1:29 PM 0 comments
