ada pun hari selalu lalu, aku buat satu quick stop yang aku tak pernah buat selama ini...aku jumpa orang kat tepi sunway ebab aku nak bg doc urgent kat dia, kan sunway dah ubah semua bus stop dah tak da tepi jalan dah kan...aku selama ni terus masuk parking kan maka tak prasan la...ada pun aku terlalu jalan ke parking, maka jumpa je lah orang tu kat situ, pastu jalan lain tak da dah kena masuk gak parking dia, so aku pun masuk je lah sebab rasa nak p toilet, alang-alang kena bayar parking kan...so aku park keta, p toilet, pastu beli bread kat jj punya bakery, bayar parking...kuar n balik office...semua ni bawah 10 minit aku buat..tak pernah aku stop kat shopping compleks dengan begitu cepat bawah 10 minit..ishhh isshhh..lagipun aku rasa aku la ni tak dak napsu nak sopping la..malas tatau pasai pa...
Friday, January 22, 2010
Tuesday, January 19, 2010
pavlova......
picture credit google search
Hihihi semalam akhirnya menjadi jugak angan angan aku nak try buat pavlova...
senang jugak rupanya nak buat, simple, bahan pun sangat minimal..aku amik resipi dr internet je tapi mmg menjadi la resipi dia...aku amik dari joyofbaking.com
Bahan-bahan meringue
4 biji putih telur
1 cawan gula castor (tapi aku rasa manis amattt..maka next time kena kurangkan)
1/2 sudu teh vineger
1/2 sudu besar tepung jagung
cara buat..
pukul putih telur hingga kembang (sila guna mesin ya..kalau guna tangan sampai pagi esok pun tak tentu kembang)...dah kembang masukkan gula 1 sudu pada 1 masa...pukul lagi hingga kembang..(pastu cek kalau cubit ada rasa ketulan gula sila pukul lagi sampai smooth)..agak agak dah rasa kembang, smooth, fluffy boleh la stop pukul, masukan/tabur vineger dgn tepung jagung dan flip over cepat cepat...pas tu dah boleh la letak atas pelapik/rak untuk di bakar...
note...sila pre heat oven anda sebelum bakar ya...suhu 130C, bakar selama 1jam 15 minit or sampai dia kekuningan...lepas dah masak itu meringue, buka pintu oven tu bagi sejuk sendiri dalam oven (jgn keluarkan!!!)..time sejuk tu meringue tu kadang kala akan crack..itu normal jgn panik
pukulllll
ni hasil selepas pukul..bersedia untuk bakarrrr
bakar time
topping
1 cawan heavy whipped cream (lagi senang guna yg spray punya)
1 sudu teh vannila essence
1 sudu besar gula (tapi sebab aku punya meringue tu dah manis, maka aku tak buh pun)
buah buahan segar...strawberry, kiwi etc
cara buat (bila nak makan baru buat)
putarrrr semua bahan kecuali buah buahan sampai dia fluffy, pastu letak atas meringue tu (kalau guna spray tu spray je atas meringue tu. Hiaskan lah dengan buah buahan tadi...
note lagi..kes aku tak da buahan segar maka aku buh je lah buah dalam tin yg telah di sejat airnya...
ni hasil lepas bakar
ni lah hasilnyaaaa
nota lagi...lepas buat kali ke dua aku prasan gula tu tak leh kurangkan banyak sangat sebab if tak meringue tu tak naik sangat..jadi macam baulu penyek hahahaha
selamat mencuba!!!!
Posted by SN at 12:24 PM 0 comments
Labels: resipi
Saturday, January 9, 2010
amarah
Ni lagu baru siti n kris dayanti...sangat suka aku lagu ni..hari ni je aku rasa aku dengar non stop..siap dah boleh hafal dah pun...
very catchy...lain dr yang lain..kalau nyanyi sorang sorang memang kelam kabut sikit...
AMARAH
Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata
Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah
Dengarkanlah
Suaraku
Kau tak bisa hapuskan
Amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu
Kamu mahu
Aku tahu
Kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku
Amarah
Kerana aku tahu
Segala yang berlaku
Tetap akan berlaku
Dimana kudratku
Dia yang menentu
Yang... Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang... Ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri
Posted by SN at 6:41 PM 0 comments
yayyyy....wireless headphone!!!
Aku amat suka!!!! Yayyyy percubaan berjaya!!!
Hahahahaha ada pun adik aku ada 1 wireless headphone, mana dia dapat tah, dia tinggal dalam bilik dia, aku ada try ari tu tapi sebab aku tak jumpa tower yang conect ke monitor/lapie tu maka leh dgr radio la saja..apa kes aku nak dengar radio? Radio time aku adalah time aku atas keta, tu pun kalau lagu tak best aku buka cd.
Haaa..tadi aku nak cari kabel external hard drive kat bilik dia..tapi jeng jeng jeng..jumpa tower itu yayyy...apa lagi testing 123 la aku kannn....
Adapun aku akan menikmati hari hari mendatang dengan menikmati wireless headphone..penting tau headphone bagi aku sebab aku suka tgk lapie marathon citer tengah malam ke atas, so kenalah pakai headphone utuk keselamatan jiran aku kan...
Yayyy pasni leh la golek sana sini tanpa wayar lagi!!!!
Hahaha ni kira payback la selepas minggu lepas headphone aku yg boleh lipat lipat tu dia amik....
ps..adik aku dok rumah lain maka sebab itu aku sesuka ati cari barang kat bilik dia hahahah
Posted by SN at 10:02 AM 0 comments
Wednesday, January 6, 2010
satu kebetulannn....
Aku baru balik dari Cyberjaya, penatss..tiap kali aku p cyberjaya ke putrajaya aku selalu ada masalah jalan..nak naik MEX selalu je aku dapat jalan lain..macam td aku nak naik MEX tapi aku tak tau macamana tetiba aku dapat jalan lain..bestraya la..tetiba naik highway apa tah aku pun pelik..tapi ikut je lah signboard Putrajaya/Cyberjaya sampai jugak..tapi jauh la huhuhu...
Anyway, giler jauh ke dalam Cyberjaya, ni second time aku p Cyberjaya..jumpa client aku signing document..hahaha memang satu kebetulan..patutla aku macam dah agak dari 1st time aku buka fail tu dulu..nama ni macam aku kenai ja..pastu tambah lagi dok kat kedah hmmm...
tadi aku jumpa client aku tu, yg wife tu memang very the femiliar la..tapi aku tak brani kata apa la..aku pun tanya pelan pelan nak cek, sekali confirm hahahaha..client ku itu sedara belah mak aku (mak aku punya family amat besar wokey..aku mmg la kamceng dgn semua pakcik makcik sepupu sepapat..tapi yg lain tu tak mampu la kenal semuakannn, pastu aku rasa time aku jumpa client aku tu dulu aku kecik lagi..so mana la nak cam kan)Yg husband tu kawan bapak aku..
what a small world!!!
Posted by SN at 7:43 PM 0 comments
Monday, January 4, 2010
camping!!!
Well Happy New Year!!!
New Year aku tahun ni agak lain dari kebiasaan, tahun ni aku p camping dengan parent aku..sungguh tak pernah aku buat okay..aku tak pernah p camping apatah lagi parent aku hhuhuhuhu....
ni barang yang telah dipack masuk bonet, bantal and comforter (wajib..kang sejuk or tak da lapik kemah leh la guna kan)
Anyway, tempat camping..puncak rimba dekat janda baik ni program kelab bapak aku Mawarku (kelab bekas penari, pemusik, pegawai KBN dan sewaktu dengannya). Perghh tempat ni terbaik punya!!! Aku dah p sini sebelum ni..tapi tak tidor sana la, kalau nak tidor pun boleh je sebab ada challet bali style yang sungguh lawa amat..siap ada jakuzzi dlam bilik mandi open space okay!!!
Aku sampai je tengok khemah biru (untuk 2 orang) alaa..keciknyaaa..kalau aku berdiri sah khemah tu ternaik (dalam kata lain khemah tu rendah)..aku dah risau risau jugak alaaa....anyway aku dijangka share khemah dgn anak kawan bapak aku.
Sampai je bukan p tengok kemah kat mana pun, p dok mingle2 dengan makcik2 n pakcik2 kawan parent aku la kan (aku kan penyengap mana nak ada geng),minum petang bagai pastu ada sesi ceramah yg bapak aku terlibat maka ptg dekat magrib baru la kami tau khemah macamana, sebelum tu tau arah je hahahaha boleh..
taraaaa khemah special woo..besarrr, ada 2 bahagian, sebelah tu mmg untuk tidor sebelah lagi untuk lepak (nak tidor pun boleh tp tak da itu mosquito net la belah tu..maka kalau rasa nak derma darah sila la kan..
hensem lagi gagah kan khemah ni
ni belah tido..tuan rumah bagi tilam kabu, bantal and selimut siap!!
pada malam itu, ada acara hiburan la kan, asalnya nak buat kat open space tapi sebab time dinner tetiba hujan turun maka stage basah..maka pindahla acara ke balai err (aku lupa la pulak nama balai tu..balir banjang kot??)
Ada dikir barat, tarian kercing dari budak2 kumpulan suara muda (ni datang khas dari kelantan), ada game yg lawak amat tapi very the original, and off course ada tarian dari bekas2 penari KBN (bekas ni include la yg dah bersara and yang masih aktip tapi tak menari lagi la..jadi jurulatih ke contohnya)..walau pun dah lama depa ni pakat tak menari, tapi kalau dah biasa tu tak da hal la..macam naik basikal, dah naik tu terus terer jugak walau dah berpuluh tahun tak naik kan.
Tapi yang best tu aku tgk time depa reheasal ptg tu..dah tua kan..nak naik dr bangun tu aku tgk sengsara la jugak setengah tu..sakit pinggang la lutut la..tp semangat tu..show malam tu mmg dasat la..mmmg nampak skill orang lama la kiranya.
Haa berbalik pada kes khemah, family aku and lagi 3 family lagi dok sekali dgn tuan rumah sefamily. oleh kerana aunty umi n pakcik suppiat nak balik gak malam tu maka ada 1 khemah kosong...aku, anak pakcik azhar and sedara dia tido sekali la kat khemah yg kosong tu..
Haaa...dalam hutan jgn ingat tak da astro..sempat la kami semua dalam sejuk2 berbalut comforter dok tgk bedtime story, ada pun aku yg terbiasa tido lambat tak leh tido walau dah kul 3, aku siap sambung tgk mp5 aku tgk citer setem lagi, tapi tak leh tido gak, maybe bunyi air kuat kot (org kata bunyi air patutnya menenangkan..tapi aku tak leh tido la pulak!!) dalam kul 4 camtu kot baru tertido.
Paginye kul 7 lebih dah bangun..sujuk woo..ingat nak mandi air terjun tapi sebab sujuk aku cancel lah, lagipun air kuat hasil hujan semalam, aku dah la pobia air sikit hahahah..baik aku p mandi air panas kat bilik air 5 star tu kan hahahaha....
Anyway breakfast.. sembang.. jalan2.. dalam kul 11.30pg kami pun balik dari situ ke KL, masing masing nagntuk hahahaha..sampai rumah, letak barang, sidai apa yg patut, semua pakat p cari katil..nasib gak kawan2 aku semua ada plan lain..tidak mau aku terlepas sebab tido hahahaha...
Trivia...
korang rasa balik pintu ni ada apa?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
hebatkan..ni salah 1 dari bilik mandi yang lawa..yg ada jakuzi tu aku tak amik la pulak ishhh
Posted by SN at 7:12 PM 5 comments