Pages

Tuesday, May 10, 2011

konsert D'lloyd -Semalam di Malaysia


Semalam last day konsert, so aku berkesempatan lah p tengok konsert ni..khalayak yang p tengok ada lah sangat berbeza bagai langit dan bumi dgn konsert wings baru ni...haruslakan..kumpulan ni glamer zaman mak bapak aku..wings glamer zaman aku.

Anyway memang kiranya bagi golongan mak bapak aku konsert ni sangat di tunggu dan mengamit kenangan silam la kiranya. Opening by Dato Ahmad Jais (kelasss kasut tinggi tu), sora Sam (vocalist) memang tak dapat di deny la...tapi aku rasa faktor usia so dah makin cepat pancit dan mak aku pun kata dah tak ada sora sangat dah si Sam ni.

Overall bagi aku konsert ni okay (sebab aku tak la kipas susah mati dan bagi aku personally lagu2 diaorang ni best tapi mendayu dayu lantas boleh membuat aku nak zzz which ada gak la part2 aku dah doze off pun hihii).

Tapi aku paling suka part dato Ahmad Jais..giler fun ok..dia pandai buat jokes dan entertaining..

oh yaaaa kat last part lepas curtain call tetiba muncul Usop Wilcha (aku rasa dia p tgk konsert ni kot semalam) dan muncul buat havoc...giler segar aku terus hahaha..

Usop : kita panggil balik D esprostafy [camna nak eja tah (')] L L OY D(sila eja ya)..demo ni kalo tak penuh ilmu di dada tak datang seberang...kalo tak mau keluar kita bako istana budaya..kita bako kita bako...sapa nak D esprostafy [camna nak eja tah (')] L L OY D (eja lagi) - itu lah penting English educationnnnn keluar sila angkat tangan macam awok...

p/s siti n dato k pun mai..siti nampak sangat kurus ok

Monday, May 9, 2011

Happy Birthday Mama & Happy Mother's Day


Ohh 8hb May adalah birthday mak aku (dan Mak Lang aku (kembar mak aku) yang ke 62 tahun...yang best tu semalam jugak adalah Mother's Day kirannya double celebration lah...

Walau yang di plan tak jadi (nasib baik gak tak jadi sebab dah kenyang sesangat p makan kunduri rumah Mak Aida Aidi)..tapi petang tu ada gak la acara potong kek (2 kek..1 kek birthday 1 lagi kek Mak Mak)...

To my mama..happy birthday!!!!

Tuesday, May 3, 2011

Konsert Wings

Baru baru ni 26/4 hari tu aku pergi bersama Kema dan Kuden tengok malam media untuk konsert Wings kat Istana Budaya..ini konsert dengan Orkestra bagi aku kalau konsert dengan iringan orkestra memang sangat menarik dari segi bunyi dia...tapi as usual sebab venue dia kat Istana Budaya maka dia punya perasaan tu terkawal dan tak la lepas bebas bagai tengok kernsert tak stadium kan..bak kata kema nak head bang pun tak leh

Anyway memang best, sora awie memang tak leh nak komen la kan memang boleh live, mus pun superb cuma yang agak kureng bagi aku adalah sora Mel (ye..harus di ingat Mel dan Mus pernah suatu ketika dulu ganti Awie dalam Wings) maka ada la segmen yang mereka bertiga nyanyi bersama sama. Sora Mel tengggelam banding dengan Awie dan Mus..

ok ni aku bagi sikit sedutan...sbb aku p malam media maka boleh la sedut sikit
p/s sorry kualiti kureng

Friday, April 15, 2011

Saham bank rakyat

Huihhh sejak Bank Rakyat buka balik share dia kuar kat paper mak aiii beratur panjang org depan bank rakyat nak beli share.

Aku pun sama jugak la hahaha...nasib baik aku p straight ke HQ kat Jalan Tangsi tu..sebab ramai yg datang dari branch pastu mai ke HQ. Sebab? branch tak da nombor dah..HQ datang la pukul berapa pun no still ada cuma nak tunggu giliran tu la yg jenuh woooo...kira dan pi makan baca paper seround dua mai balik pun tak tentu no kena panggil lagi..aku hari tu ambik no dalam kul 10 lebih..turn dalam kul 2..boleh????

So pada sapa yang nak beli share lagi...masih ada hingga diberitahu kelak!!
Selamat membeli share!!!

p/s..hmmm pas ni rasa macam nak tgk emas punya investment lak la...

Thursday, February 24, 2011

ohhh malassss

aku malasnya sekarang ni...malas nak ngarang apa nak tulis kat blog...dah la mmg bz dengan kes2 yang tak habis habis haihhh...penat.!!!

Anyway meh la citer apa yang aku buat baru baru ni...aku asalnya hanyalah driver pada mulanya...nak kena hantaq parent aku p Anugerah Sri Angkasa (ASA) kat PWTC...alih alih petang tu aku kena paksa jepun p sekali..haihh..aku dah plan baik punya..konon p hantaq..nak singgah mcD or kfc on the way back n tengok citer korea yang aku tgh marathon..sekali habis la plan aku...

malas tauuu...nak cari baju tudung semua tu..aku kan biasala..tak da nak iron awal2 baju baju aku tu...maka kena la selongkar lemari cari mana yg sesuwai and agak glamer konon (tapi baru aku perasan baju glamer aku tak banyak hahahaha...baju kurung ye banyak...yg blause skirt tu boleh kira..eh aku lama tak pakai skirt dah....malas..baju kurung pun sama...hahaha hari hari pakai slack je kerja aku la ni..oh dah lari citer..

anyway jumpa la baju yang ok tak la glamer kilat kilat pun..ala aku bukan retis pun nak glamer2 ni..ok make up harus lebih la kan sebab malam hahaha nasib aku tetiba rajin and detail...jarang la aku nak make up lama2 la ni..malas hahaha (semua benda malas heran aku!!!)

ok..nasib la ada Anuar Zain...maka kira tak pa la kena paksa pun aku rela whahahaha..
Anyway time balik tu kena paksa p post party..dok semeja dengan hazami n manager dia..aku kannn macam nak tanya je..mana AZ ya Hazami? yelah depa kan baik gitu (tak tau la kalo tak baik dah)..tapi kang macam hampeh lak kan hahahaha maka aku pun tak tanya whahaha...
aku memang tak berapa la nak star struct (maybe sebab dari kecik2 pun aku dah jumpa ramai artis kot..tapi yang lawaknya hanya AZ je aku star struct...hahaha teringat aku dgn Meeza kat Mid Valley buka posa tahun bila tah jumpa AZ yg tengah buka posa dengan anak yatim..hahaha..trus kaku tak leh nak ajak tangkap gambaq..hahaha lawak sungguh bila ingat balik.

tu je lah aku nak crita..

Monday, February 7, 2011

Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter



**gambar credit to dany

Ok semalam dapat last minit tiket untuk malam last konsert ni..actually macam rasa tak da harapan pun boleh tengok tapi ada rezeki jugak at last.

Sapa yang tak kenal Fran kan..lagu2 dia banyak yang memang dah hapal dalam kepala..suara Fran memang tak ubah..masih sama macam dulu..1st Class!! Tapi konsert ni bagi aku bawak 1 part yang aku tak pernah tau pasal Fran..kat konsert tu personality Fran yang aku rasa aku tak pernah tau or baca..dia sangat periang..jovial dan mesra alam.. memang macam interaction dengan kawan2 yang buat orang rasa dekat dengan dia..

Konsert ni ada penampilan khas Roy Sta Maria...yang comel malu malu gitu (dia dah jadi rakyat Australia dah) dengan Imran Ajmain..Imran bagi aku macam malu malu nak keluar suara sikit malam tu..sebab aku tau sora Imran sangat sedap tapi aku macam alaaaaa...awat macam tak keluar sora sangat ni...

Anyway konsert yang menghiburkan..bye the way..gila panjang orang beratur nak dapat autograph time habis tu..terselit jugak FBI dengan family dok beratur (kata bini FBI..FBI ni memang minat sesangat dengan Fran ni).

Monday, January 31, 2011

Apple Pie




yeahh aku merajinkan diri buat apple pie..actually kalau ada instant pastry tu aku lagi rajin hihih yalah nak buat filling tu senang ya amat..yg tricky part tu nak buat pastry tu..tapi aku buat jugala sebab cari hat instant tak jumpakan...resipi pastry tu mintak dr spupu ku Lily.

Pastry
2 cawan tepung gandum
150g butter sejuk
air sejuk dlm 2 3 sudu


Gaulkan tepung dengan butter sehingga menjadi serbuk roti (buat guna butter cutter atau garfu sebab if guna tangan akan cepat cair sebab tgn panas)..bagi rata semua...buat well kat tgh2 adunan tu..masukan air sejuk 1 sudu gaul...if tak boleh jadi doh lagi tambah lagi air..tapi air seminimum mungkin...
uli doh jadi bulat.kalau lembut tambah tepung sikit
canaikan doh ikut besar bekas pastry dan letak kat bekas tu elok2 jangan bg ada gelembung udara antara pastry dgn bekas..

(oh ya untuk apple pie ni ganda 2 resipi sebab ada pastry nak tutup pie nanti)

Filling
4 biji Apple (the best guna granny smith-apple hijau tu)
1 cawan gula
sedikit garam
sedikit serbuk pala
sedikit serbuk kulit kayu manis

Potong apple nipis2 (kalau rasa proses ni lama dan nak elak apple jadi kuning teroksida rendam hirisan apple dlm air garam - if guna teknik ni garam tak payah buh dah nanti)..dah settle toskan dan gaul dgn gula, sebuk pala n kulit kayu manis...gaul sebati...tuang dalam pastry tadi (if ada air dlm apple tu tuang sekali sebab gula tu memeng akan cair jadi caramel)

tutup pie dengan pastry 1 lagi..kelim tepi tu lawa lawa...sapu telur merah atas pastry tu nak bagi dia kuning keemasan..buat lubang/line dengan pisau kat pastry attas tu dlm 5 6 line supaya stim jus apple tu boleh keluar dari pie...
bakar 200 celcius selama 30 min pastu turunkan suhu 150 celcius selama 20 min

siap..keluarkan untuk sejuk sendiri...paling baik dimakan lepas 2 jam dia sejuk sendiri untuk bagi time apple tu tak cair

p/s aku lupa nak eggwash pastry atas tu..tu yg pucat

Thursday, January 27, 2011

Tun Mahathir 2


semalam aku berkesempatan tgk teater ni...yang 1st tu tak sempat tgk time tu so aku tak leh la nak comparekan...anyway aku sgt teruja tengok teater ni..pasai pa? Off course sebab ni pasai Tun M kan...negarawan terulung negara..

Okay dia ada 3 part...masa Tun M kecik, remaja and dewasa..budak yang berlakon jd Tun M time kecik tu comel la..Ezani jadi Tun M time remaja..Esma Danial jadi time dewasa..tp antara semua Esma Danial la yang paling resemble Tun M sesangat.

Aku walhal dok semeja makan dengan Ezani..lupa nak tanya dia tu mmg dia nyanyi ke dia lipsync sebab macam bukan sora dia je pun...tapi sweet la percintaan dgn Tun Siti Hasmah..."u i l.o.v.e u" sweet ok!!!

Tambahan season ni ada A.C Mizal jadi kawan Tun M zaman remaja dgn Sarimah Ibrahim yang jadi narrator..tapi memang kehadiran depa 2 ni sangat menarik

Friday, January 21, 2011

peach pie (or more like cake base)





Seperti biasa kalau aku tido kat rumah k biha harus aku kena kerahan tenaga ajakan padu maut dr anak2 sedara aku suruh buat something..especially dr Amir..lately ni dia sangat suka masak2 ni..aku as usual malaskannnnnn...maka selalu cari benda yang simple dan yang penting bahan tu ever ready kat rumah sebab malas la nak kuar p sopping cari bahan...

Ok mari kita review apa yang dah buat...
pavlova.. checked..
pankek.. checked..
baked macaroni n cheese.. checked *oh pankek n baked mac n cheese ni aku tak blog sbb malas hahahaha
peach pie (tapi aku rasa more like cake)..checked

Ok la peach pie ni senang giler ok nak buat...sangat simple!!!
aku actually dok cari apa yang menarik untuk di buat kat internet n youtube..sekali come across this resipi kat youtube dan sebab sangat senang dan semua bahan ada maka aku pun buat la..

ni resipi dr youtube tu



simple ok nak buat dia
Bahan:



1 tin peach
2 cawan tepung
1/2 cawan gula
1/4 cawan butter (aku guna marjerin) (sejuk)
1 telur
1/4 cawan susu
gula perang
extra butter nak sapu atas pie

cara buat :

tepung, gula & butter dicampur sekali dan guna jari picit2 butter dgn tepung & gula sampai jadi macam serbuk2 roti gitu...
lepas tu masukan bahan basah..telur n susu...guna pisau roti or garfu gaul sampai ala2 jadi adunan kek





tuang dalam bekas pembakar dan letak peach atas tu..bakar selama 30min 200 C








settle!!
p/s makan dengan ice cream sangat sedap ok sebab adunan ni tak manis pun

Tuesday, January 11, 2011

J2011 lagenda




semalam last day konsert jamal...rasanya ni kali ke 3 konsert solo dia kat istana budaya tapi yang kali ni aku rasa dari segi lagu ni lah konsert Jamal yang aku paling tak femiliar dengan lagu lagu yang dinyanyikan...banyak lagu dari zaman duluuu yang jarang keluar radio and lagu baru.

Tapi dari segi personality dan interaksi dengan peminat aku rasa konsert ni yang paling dia sangat lain..very jovial dan terasa dekat dengan penonton..maybe sebab ada mentor dia Dato' Ahmad Nawab sama kot maka Jamal lebih rilex.

Tapi walau pun dia ada masalah kesihatan dan ada note tinggi yang berapa nak sampai tapi pengalaman dia boleh cover la..paling menarik adalah lagi jeritan batinku dgn saksafon Ahmad Nawab tu..perghhh vocal baik punya!!!!

Tuesday, January 4, 2011

New Year!!!




Baru 4hb January 2011...so belum terlambat rasanya nak wish happy new year!!!