Adapun bapak aku telah menukar semua pintu bilik tidur, bilik mandi dan dapur...kiranya semua sekali ada la 8 semuanya...5 bilik dgn dapur & 3 toilet. Yang toilet tu tak da hal la..yang bilik punya ni yang ada kerja extra..
Thursday, July 29, 2010
buruh kasar
Posted by SN at 3:59 PM 0 comments
Friday, July 23, 2010
cheese mushroom
aku tetiba rasa nak buat cheese mushroom (hasil terpengaruh resipi Kuden letak kat bdn la ni tapi aku alter sikit). Maka oleh kerana aku tido Rumah kak biha hari ni aku tau bahan2 yang nak guna gerenti ada punya...so Mari kita tengok apa yang kena!!
Bahan
Mushroom dalam tin
Roti
Cheese
Capsicum
Pepper
Butter/Margerin (optional)
Cara
Mushroom, Capsicum dicampur Pepper, gaul
Ambik roti sapu kan Butter/Margerin (tadi aku buh creme cheese)
Letakla mushroom, capsicum tadi atas roti, letak cheese atas tu
Bakar....
Settle!! tapi aku makan tadi letak sos cili jugak....sedap & senang
Posted by SN at 10:41 PM 0 comments
Labels: resipi
Wednesday, July 21, 2010
Uda dan Dara the musical
"Ko pergi dengan hati jantan Uda..ko pulang dengan hati lelaki"
Semalam aku p tengok teater ni kat IB..last day dah..arahan Dato' Rahim Razali hasil karya sasterawan negara Usman Awang...lama dah karya ni..zaman mak pak aku muda2 lagi...
Anyway aku p tengok tanpa sebarang expectation..yelah teraju utama Misha Omar - Dara(baru je jinak-jinak jadi pelakon apatah lagi teater) dengan Razali Hussain - Uda (ni memang suara lelaki sungguh)....lagipun kalau dah letak satu tanda aras kang balik kuciwa kan...maklomla Uda & Dara ni bukan calang-calang naskah.
Bagi budak budak masa kini aku rasa tak banyak yang terdedah kat citer Uda & Dara ni..aku pun sama la tapi tau la jugak sikit2. Citer dia ala-ala Romeo & Juliet versi Melayu la kiranya...Dara anak orang kaya bercinta dengan Uda pemuda kampung yang miskin..dok pondok buruk dgn mak dia..
Bagi orang kampung percintaan Uda & Dara ni sangat direstui dan disukai..tapi biasalah bila Mak Uda p merisik si Dara..mak si Dara (Betty Benafe) dalam sinis tolak..yalah tak sama darjat taraf kedudukan duit ringgit bagai kan. So Si Uda bertekat p ke kota cari kekayaan nak bawak balik tunjuk kat mak Dara..ok aku pun ada duit ringgit dah sekarang.
Ha pada masa sama Alang Bakhil (Pakcik si Dara) ni dok sibuk cucuk Mak Dara supaya bagi Dara kawin dengan anak sedara dia yang kerja kat kota..konon harta kekayaan tak p mana la..dalam family tu jugak. Anyway as nama dia Bakhil..dia ni kira macam lintah darat la jugak..dia bg org kampung pinjam duit..pastu paksa suruh bayar..tak leh bayar..rampas hasil tanaman..suruh gadai tanah..kang dia beli dengan rega murah..time Uda tak da dia p kaco Mak Uda suruh bayar hutang gadai tanah semua..nak rampas tanaman tapi nasib ada Utih tolong p marah Alang Bakhil ni (Utih ni di anggap gila oleh Alang Bakhil so kiranya giler pa gadoh dengan orang gila).
Anyway Uda balik ke kampung lepas dah cari duit, suruh mak dia p pinang Dara...tapi at the same time Alang Bahkil dok cucuk Mak Dara..Uda ni kira berilmu la (silat semua tu kira terer la)..so dua pilihan nak hapuskan Uda..cara halus or cara kasar...
So bila balik si Uda ni..berdating lah Uda & Dara kat port biasa..dalam pada tu Dara dok rasa tak sedap hati dah...memang betulla....tengah dating..datang geng Alang Bakhil serang Uda..Uda terkorban...
Haa..time ni baru aku rasa Misha Omar menyerlah..time yang sebelum tu macam tak nampak sangatla sebab nampak dia macam berjaga-jaga dengan tarian dan pergerakan..time dia menangisi kematian Uda tu sangat la real..sedu sedan semua cukup..time ni memang nampak dia sangat menghayati watak dia...tengok gambar ni kalu tak caya
picture credit gua.com.my
Haa..lagu pulak (dah nama pun musical kan..lagu dia catchyla..sedap pun ye jugak..ada yang kalau komersilkan boleh naik kat carta lagu rasanya..kena pulak memang penyanyi yang menyanyikan so lagi la umph). Anyway memang nampak ada "kimia" antara Uda & Dara ni..Dara kali ni versi manja2 kebudakan sikit2 bukan jenis lemah lembut lutut la kiranya..Uda off course la macho tak terkirakan..tapi yang aku macam musyil..ni era mana citer ni..adakah zaman 50an? 70an? 80an? sebab dari gaya percintaan Uda & Dara ni kira dasat woo..peluk2 penuh perasaan..pastu dari segi pergaulan pemuda pemudi pun macam tak kisah je..so aku macam tak tau nak letak era mana kisah ni.
anyway watak yang sangat menyerlah dalam teater ni adalah Utih dan Alang Bakhil yang dipegang oleh Khir Rahman dan Mazlan Tahir (memang orang teater kan). Memang superb lakonan diaorang..boleh kata overshadow pelakon utama.
Tapi walau apa pun tema teater ni boleh pakai sepanjang zaman la..sebab sampai bila pun akan ada beza antara darjat harta kedudukan wang ringgit semua ni....
Uda Dan Dara ~ Usman Awang
Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih
Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu
Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta
~ Usman Awang
“Berat kupikul sakit kutanggung, ibu, tetapi Dara hanyalah satu tak dapat ditukar ganti, tak dapat dijual beli. Jika begini penanggunganku kerana Dara, maka relalah hamba menerimanya.”
Posted by SN at 1:28 PM 0 comments
Labels: review...teater n film
Monday, July 12, 2010
balasungkawa
Takziah buat keluarga Mak Chaq atas pemergian Pak Chaq yang amat disayangi oleh semua ahli keluarga. Harapnya Mak Chaq, K Nisah, Adli, Aidi dan Adilah tabah menghadapi hari mendatang.
Dari Dia kita datang dari Dia kita pergi...
Semoga roh arwah Datuk Ahmad Ghazi bin Abd Hamid ditempatkan bersama orang beriman dan marilah kita medoakan roh beliau diangkat sebagai kekasih Allah di tempatkan sebagai golongan syuhada dan solihin. Alfathihah...
Posted by SN at 1:25 PM 0 comments