Pages

Thursday, November 25, 2010

oh digi dan fb..luahan prasaan

Oh dulu aku cukup suka bila guna 0.facebook.com dr digi...free fb kat digi user, dia versi data ja..gambar, link lain tak leh buka kalau buka kena cas la...ok la kan at least free maaa...so time boring boring tu boleh la mobile kan.

tapi itu dulu...sekarang???? aku call complaint pasal aku tak leh buka dah la ni..last-last customer service dia bagi tau..oh digi dgn fb ada masalah..fb tak bagi lesen kat digi tuk operate free service nih!!! Come on la fb people..tu pun problem kah? patutnya diaorang lagi suka sebab telco sokong.

So sekarang aku tidak semobile dulu..sedih gak sebab time2 malas nak on pc or just nak buang masa time atas jalan or tunggu orang tu dah tak leh nak online dah secara free (wifi free tu tak kira la yek).

Aku malas la nak ambik plan mobile sebab macam tak berguna sangat tuk aku..kat opis and rumah mmg ada 24/7 so time keluar ja nak guna (tapi time keluar tu bukan nak ngadap tipon sangat pun kan) tapi sedih la sebab dah biasa enjoy free fb tu kan...

Wednesday, November 10, 2010

Test 456...

Ola...hari tu dah test 123 so kali ni kena la test 456. Ok kali ni kita test update dgn iPad la pulak!
Setakat ni aku rasa iPad ni syok sbb sambil baring tergolek semua Gaya rentak kuak pun boleh..tapi being me..kalau touch screen ni takat buat sampingan ok la..macam nak menulis ni harus pakai keybod gak..tak best la tak ketuk keybod penuh prasaan. Ni Kira ok iPad ni dia puny kebod besar...kalau iPhone tu aku fail sungguh...jari besar weih..nak tekan E dapat R sunnguh sakit jiwa raga..bayangkan aku nak SMS...rasa mcm nak baling phone pun Ada sbb sakit jiwa..tapi buat buat baca ebook aku suka sbb boleh adjust besar kecik . Buat tgk citer sebelum tido pun best sambil baring.

Oklah..sapa nak bli iPad buat berjalan sgt digalakan sbb ringgan n simple. Tapi yg tak best dia tak leh buka game kat fb..tatau la kot nak kena add apa apa kan.tu lah yg aku rasa tak best dia.

Tuesday, November 9, 2010

stress seorang driver

ini kisah seorang driver...dia stress ya amat bila sekali sekala bawa big boss dia..teknik pemanduan driver dan big boss adalah berbeza..big boss adalah sangat berdisplin tinggi dan sangat merancang pemanduan sedangkan driver itu merancang melihat kepada keadaan jalan raya..mungkin sebab driver tu hanya pemandu kereta big boss itu.

Akan tetapi sebab driver itu sedar diri big boss tu BIG maka dia kena pasrah walau selalu juga driver itu memberi alasan konkrit....lagi pun agak lama jugak driver tidak membawa big boss..selalunya selepas 2 3 round memandu big boss, big boss akan tidak banyak komplen lagi.

akan tetapi...keadaan yang sama juga di kesan pada adik driver itu apabila adik driver sesekali mengtake over tugas driver..hahaha driver terlupa..adik driver itu juga memandu kereta big boss..

patutlah kakak driver tak pernah kena tegur walaaupun tahap pemanduan kakak driver itu lagi teruk dari driver itu sendiri (pengalaman sendiri driver) sebab kakak driver membawa big boss dengan kereta kakak driver.

Sekian.

yang benar
Driver