Tuesday, April 28, 2009
Friday, April 10, 2009
Hana Yori Dango -vs- Boys Over Flowers
Ohh aku tatau pasai pa..aku memang suka sangat dengan cerita ni..
kan aku pernah cerita dulu asal usul cerita ni kan...and ada banyak versi live action. Sebab cerita versi Korea ada kat astro, and aku tertengok dan terstreming kat internet, aku nak compare gak versi Jepun (bagi aku the best among all!!!) dgn Korea, yang Taiwan (Meteor Garden)tu aku ingat ingat lupa..lama dah tengok zaman U dulu tuuuu). Ada pun ni semua pandangan peribadi aku ja..lain orang mungkin lain pendapat ok!!
Jalan Cerita
Basically aku rasa Korea punya version fast pace sikit (ataukah sebab yang Jepun tu aku dah tengok dulu and aku dah tau apa nak jadi maka aku rasa Korea punya version punya lebih fast moving). Memang 2 cerita ni basic sama tapi olahan tu lain lain, macam F4 versi korea bagi aku agak "jinak" dari versi Jepun yang kijam dan buat sesuka hati.
Jalan cerita versi korea bagi aku lebih detail, watak F4 dia banyak dialog kalau compare Jepun, and as usual korea punya version mesti meleret sikit la kan...
Additional plot yang aku nampak versi korea ni ada kisah personal geng F4 yang tak da dalam versi Jepun. Lagi satu aku tak puas hati...kat korea umur berapa dah boleh bawak keta ha? Macam kat US ke? High School dah boleh bawa kereta? Sbb semua geng F4 (kecuali Ji Hoon yang bawak superbike) drive sendiri sport car yg lawa lawa woooo....
Ha lagu satu, mak Jyo Pyo kejam tapi tak nampak kejam, sangat makan dalam hingga sanggup tipu anak sendiri.
Tapi apa apa pun, hanya versi Jepun yang telah menghuru harakan emosi aku...boleh gelak dan nangis pada 1 masa tu...betapa berkesan dan hebat tak hebat la...
F4
(Ni versi semua..anime..taiwan..jepun..korea)
Ni versi anime
Ni F4 Jepun
Ni F4 Korea
Watak Utama
Domyouji Tsukasa-vs- Go Jun Pyo
(Matsumoto Jun) (Lee Min Ho)
Domyouji Tsukasa (Matsumoto Jun)
Bagi aku yang Matsujun lagi best jadi hero sebab kalau nak ikut dr manga dia, memang Jun lebih iras Domyouji. Jun lagi brutal dan nampak sikit ketakbetulan otak, kebodohan (ada masa), ego (kiranya memang Almighty Domyouji la...tak ada ciri ciri kelemahan yang ketara la kiranya). Kiranya kalau aku la...aku tinggai dah boyfriend cam ni..baik aku p kat Hanazawa Rui lagi tak siksa perasaan. Tapi kalau aku jd Makino aku pun torn between gak antara dua nih...nasib baik aku bukan Makino!
Kalau versi jepun ni, Domyouji ni macam kuat dari orang biasa, kena pukul teruk pun still boleh survive lagi, kalau orang lain kena tu dah pengsan koma lah. Pembentukan watak versi jepun memang gambarkan dia almighty as claim la.
Pemilihan si Matsumoto Jun ni memang sangat kena la dgn watak ni...dan telah menyebabkan aku jadi fangirl (yg tak la over punya fangirl) matsujun hihihih
Gu Jun Pyo (Lee Min Ho)
Lee Min Ho kalau compare dari versi korea yang bagi aku nampak kontrol macho sikit, lebih lembut(tak kijam), tak la almighty sangat sbb takut serangga, ular..siap boleh hilang kemachoan walaupun dikhalayak ramai..dari segi ni aku rasa maybe sript tu dah bentuk watak ni sebagai normal person, ada perasaan takut, lemah semua la..kiranya watak dia watak orang biasa cuma dia waris kepada empayar yg global dan kaya amat la kiranya. Aku tak nampak chemistry antara dia dan Jan Di.
Hanawara Rui -vs- Yoon Ji Hoo
(Shun Oguri) (Kim Hyun Joong)
Huhuhu dua-dua ni aku suka, approach yang sangat berbeza watak ni dalam 2 versi, tapi memang dua dua versi buat aku cair n jatuh centa dgn perangai mereka.
Hanazawa Rui (Shun Oguri)
Versi Jepun...pendiam, penyendiri yang amat ketara tak banyak dialog pun, tapi cukup je dgn pandangan mata dan mimik muka yang bg sampaikan apa yg dia rasa. Jelingan or pandangan je dah cukup buat ramai org cair kat dia..apatah lagi bila watak dia selalu jd penyelamat.Kalau aku jadi Makino (heroin) aku dalam dilema sungguh..tatau mana nak pilih huhuhuh dua-dua centa amat (Domyoji dgn Hanazawa Rui ni woooo...)
Yoon Ji Hoo(Kim Hyun Joong)
Versi Korea lak, mmg banyak dialog betul watak ni...memang jadi knight in shining amour lah kat Jan Di (heroin)..sentiasa ada bila diperlukan...Versi Korea ni aku mmg rasa tolonglah...baik ko amik je mamat ni dr Goo Jun Pyo tu...sebab aku rasa chemistry antara Jan Di dgn Ji Hoon ni lagi kena dan terasa kalau compare dgn Jun Pyo.Watak Ji Hoon dalam versi Korea ni lebih aktif, very talented in music (sampai muda muda leh jd music conductor tu..dasat tak dasat). Lagi satu, dalam versi Korea, Ji Hoon adalah anak yatim piatu, parent dia mati sbb accident, ada datuk..tapi ada masalah dgn datuk dia..ni kira tambahan plot dr versi Jepun. Lagi satu, kalau apa-apa jadi kat Jun Pyo, mesti Ji Hoon yang akan take over (sama ada Jun Pyo sdr yg mintak tolong cover or mmg dia sendiri ada kat right time and right place).
Nishikado Sojiro -vs- Si Yi Jung
(Matsuda Shota) (Kim Bum)
Nishikado Sojiro (Matsuda Shota)
Versi Jepun, watak Sojiro ni waris kpd Japanese Tea Ceremony punya famili yang disegani kat Jepun. Seorang womaniser dan selalu jadi geng penyelamat dgn Akira kepada Makino. Dikejar oleh best frend Makino tapi dia suka melarikan diri.
Si Yi Jung (Kim Bum)
Versi Korea lak, dia ni adalah pembuat tembikar yg terkenal dan amat berbakat. Womaniser gak, tapi yg lain sikit ada twist on personal life, bapak dia laki la dasat punya womaniser, mak tengah sakit pun kepit pompuan lain, so Yi Jung ni macam ada konflik dalaman dgn bapak dia. Yang best kat versi Korea ni, relationship dia dgn Ge Eul (bff heroin)lebih berkembang dan sangat menarik ditonton.
Mimasaka Akira -vs- Song Woo Bin
(Tsuyoshi Abe) (Kim Joom)
Mimasaka Akira (Tsuyoshi Abe)
Versi Jepun, dia ni pun playboy besar yg suka dgn mature woman, dalam versi Jepun, Akira dgn Shojiroh ni macam glue yang menyatukan F4, kalau tak mesti dah pecah belah dah F4 tu dgn konflik antara Domyoji dgn Hanazawa Rui tu.
Song Woo Bin (Kim Joom)
Versi Korea, sifat playboy dia tak nampak sangat, actually watak ni bagi aku macam tak prasan sgt pun.
Makino Tsukushi -vs- Geum Jan Di
(Inoue Mao) (Goo Hye Sun)
Makino Tsukushi (Inoue Mao)
Versi Jepun mmg sangat best pelakonnya...sangat sedih, terharu aku..bila dia gelak, aku gelak, bila dia nangis aku pun terasa juga dihati kesedihan dia. Memang pemilihan cast yang aku rasa memang best dan kena, sungguh kagum aku dgn semangat dia walaupun kadang2 buat tindakan bodoh jugak. Memang sangat padan dgn hero, chemistry yang mmg jelas terasa dan nampak natural.
Geum Jan Di (Goo Hye Sun)
Versi Korea, pada mula aku tengok aku tak suka sebab watak dia macam kasar sangat dan terlalu tomboy, tapi semakin tengok makin suka, tapi masih gagal buat aku rasa kesedihan yang dia alami, tapi serius chemistry Jan Di dgn Ji Hoon sangat kuat dari dgn Jun Pyo sampai aku rasa buat pa la ko nak kat si Jun Pyo tu...(tapi yelah tak kan nak lari dr citer asalkan)
Tapi apa apa pun cerita ni tak kira versi apa pun memamg best, tapi personal pick aku off course versi Jepun lah tapi Korea punya pun nod bad sungguh enjoy tengok citer ni...soo sapa yg tak tengok lagi sila lah tengok..mmg best sampai Dalin yg tak tengok citer Jepun pun telah ku paksa tengok dan kata citer ni best!
Posted by SN at 6:48 PM 4 comments
Labels: review...teater n film
Sekatan Jalanraya
Srbenarnya dari semalam lagi aku nak tulis pasai road block ni...tapi tak tau kenapa aku tetiba mengalami masalah memory loss...langsung tak ingat sehinggalah pg tadi aku lalu jalan ini dan teringat...
Gini kisahnya, area jalan kat depan rumah aku ni mmg boleh kata dalam 1 bulan akan ada 4 5 kali road block by JPJ (mmg port dia lah kiranya), biasalah kan..dr jauh aku dah tau tu sah ada road block tu kalau tgk tetiba jalan jd slow semacam, okay lah..bukan buat salah, road tax aku lama lagi mati lagipun maka buat derk je lah kan...
sesungguhnya aku rasa port road block ni tak sesuai sungguh..akan menyebabkan jalan jem secara tetiba (sbb lepas traffic light akan jumpa ini road block (bayangkan je lah..macam tangkap pukal semua keta/moto)..lagi satu..aku baru terperasaan sebelum road block tu dlm 100 meter ada U turn...hahaha maka pada yg rasa-rasa tak lepas tu ada jalan pulang la maknanya...aku terperasaan apabila tetiba 2 motor tetiba baik punya U turn balik sambil tengok-tengok kat road block tu...ohhh tetiba aku rasa so what the point buat road block ni?
Posted by SN at 3:11 PM 0 comments
Thursday, April 9, 2009
Yay...dapat hadiah dr gepren!!!
Dalin....muah muah muah...tq!!!
aku dah dapat dah itu Vanilla Lace yg sungguh Vanilla...I likeeeee...masuk hari ni dah aku dok pakai ini body mist hari hari....pas mandi..nak p kerja..balik kerja..ohh sungguh nak makan diri sendiri rasanya!!!!
yaa ini lah rupa vanila lace itu...Tq.Tq.Tq...terharu aku kat hang yg out of no where tetiba ada pertanyaan yg buat aku terharu!!!
Posted by SN at 1:29 PM 0 comments
Wednesday, April 1, 2009
Bangkok...1st time
Ni entry aku p Bangkok buat kali pertama...24/2-26/2...kami p 4 orang (aku, mama, ayah n min), aku rasa aku book dr thn lpas kot tiket ni (tiket free air asia, bayar airport tax n admin je)...
Tapikannnn...ada satu kesilapan besar gila yg aku telah buat, aku dgn tak sengaja telah mengebook tiket balik pada 27/3 (gila lari 1 bulan tu)...semua orang tak prasan lak tu. Bapak aku bawak p travel agent, agent tu prasan..huhuhu...apa lagi berbakol la aku kena kaw..kaw..huhuhuh tadah telinga je lah kannn...
maka dengan penuh keterpaksaan aku pun bli la balik tiket balik lain..tiket termurah adalah pada 26/2 (sehari awal)..nak tak nak bli gak la kan..takan nak stay sana 1 bulan kot!!
Ha..tengahari 24/2 sampai kat Suvarnabhumi Airport..gila lawa airport dia, very modern, bersih. Cek imegresen pun ok tarak hal..tapi cam lawak la pulak kat kaunter imegresen dia korang kena post kat web cam depa, maknanya sapa yg masuk siam je akan kena tangkap gambar..wajib!!
aku dok area pratunam, kat hotel baru nama Citin Pratunam Hotel...ada free wifi tu..hihihi. Dah nama hotel baru kannn..mmg best la..tv lcd pelekat kat dinding 32 inchi, katil best semua best..breakfast pun best sbb vegi breakfast, maka boleh la makan kan..tuan punya hotel ni Singh.
Area Pratunam ni kalau kat KL aku rasa macam Bukit Bintang la kot, fashion punya tempat..aku kuar hotel je..semua kedai, plaza, compleks, square jual kain baju, kasut, beg huiyooo..tu tak campur yg buka gerai tepi jalan tu...yg aku prasan..pagi geng lain buka gerai..tghari geng lain, mlm geng lain..punya la sakan depa meniaga...
kalau kat area ni paling glamer is Platinum Mall, tepi dia ada Prantip Mall (ni jual barang IT..ala ala loyat la..tapi aku tak masuk pun sini sbb apa benda nak cari barang IT kat sini. Ist day aku dari check in sampai malam aku ronda shopping area ni je dulu...
2nd day..sight seeing in Bangkok...aku guna travel agent untuk acara sight seeing ni..naik bot p Chaopraya River, tgk flaoting market yang sadly enough hanya ada 2 3 sampan je meniaga sovernier..kata tourist guide kami, la ni makin pupus dah floating market ni sebab kalau dulu penuh dgn org meniaga makanan, tapi sebab tourist bila p hanya tengok ja tamau makan (ya lah tatau camna tahap kebersihan kan)..maka makin hari makin kurang...last tingai 2 3 sampan ja..kiranya kalau korang nak tgk floating market dia yg meriah tu cari je lah gambar dulu dulu sebab la ni tak macam dulu dah.
Tapi caution, arus deras sangat sungai ni..memang bahaya kalau tak pegang betul-betul, kang jatuh babai je lah.
Petang tu kami jalan jalan ke Chinatown (jgn ingat Kl je ada)..gila besar kawasan dia..kalau area tu jual barang kereta moto, semua barang tu ja..kalau toys, toys jeee..kalau fabrik semua fabrik..tapi kalau fabrik ni jenih beli 1 kaki la..potong2 tak main la (ada la kedai tapi 2 3 je la yg jual potong ni). Kalau nak beli Sutera Thai kena p Old Siam kat sini gak.
Balik tu jalan lagi..mmg balik hotel tu mandi, tukar baju n tido je..hihih.
Lagi satu yang aku prasan, kat Bangkok ni pun penuh Bangla, India, Nepal, Negro..yang best tu geng-geng boleh cakap Siam tu...hulamak kagum seketika aku..muka ganas sekali cakap adehhh lembut ja (siam kan cakap lembut n leleh sikit kan)
3rd day...last round sopping...jalan lagi area terdekat cari barang..tu pun penuh beg la kami bawak balik hasil..nasib tak over load hihihi...
haaa...aku bg tips kat sapa nak p sana, toilet dia jenis tisu je (kat hotel aku ada la air), maka sila bawa sesiap wet tissue, kalau nak best bawak bekas yg boleh spray supaya senang (actually nasib baik Zila warning aku awal-awal..tq Zila..kalau tak haru gak la).
Posted by SN at 6:29 PM 3 comments