Pages

Tuesday, May 10, 2011

konsert D'lloyd -Semalam di Malaysia


Semalam last day konsert, so aku berkesempatan lah p tengok konsert ni..khalayak yang p tengok ada lah sangat berbeza bagai langit dan bumi dgn konsert wings baru ni...haruslakan..kumpulan ni glamer zaman mak bapak aku..wings glamer zaman aku.

Anyway memang kiranya bagi golongan mak bapak aku konsert ni sangat di tunggu dan mengamit kenangan silam la kiranya. Opening by Dato Ahmad Jais (kelasss kasut tinggi tu), sora Sam (vocalist) memang tak dapat di deny la...tapi aku rasa faktor usia so dah makin cepat pancit dan mak aku pun kata dah tak ada sora sangat dah si Sam ni.

Overall bagi aku konsert ni okay (sebab aku tak la kipas susah mati dan bagi aku personally lagu2 diaorang ni best tapi mendayu dayu lantas boleh membuat aku nak zzz which ada gak la part2 aku dah doze off pun hihii).

Tapi aku paling suka part dato Ahmad Jais..giler fun ok..dia pandai buat jokes dan entertaining..

oh yaaaa kat last part lepas curtain call tetiba muncul Usop Wilcha (aku rasa dia p tgk konsert ni kot semalam) dan muncul buat havoc...giler segar aku terus hahaha..

Usop : kita panggil balik D esprostafy [camna nak eja tah (')] L L OY D(sila eja ya)..demo ni kalo tak penuh ilmu di dada tak datang seberang...kalo tak mau keluar kita bako istana budaya..kita bako kita bako...sapa nak D esprostafy [camna nak eja tah (')] L L OY D (eja lagi) - itu lah penting English educationnnnn keluar sila angkat tangan macam awok...

p/s siti n dato k pun mai..siti nampak sangat kurus ok

0 comments: